Thursday, December 31, 2009

Commercial Break.. lagi lagi lagi dan lagi..



A long December and there's reason to believe
Maybe this year will be better than the last
I can't remember the last thing that you said as you were leavin'
Now the days go by so fast

And it's one more day up in the canyons
And it's one more night in Hollywood
If you think that i could be forgiven i wish you would

The smell of hospitals in winter
And the feeling that it's all a lot of oysters, but no pearls
All at once you look across a crowded room
To see the way that light attaches to a girl

And it's one more day up in the canyons
And it's one more night in Hollywood
If you think you might come to California I think you should

Drove up to Hillside Manor sometime after two a.m.
And talked a little while about the year
I guess the winter makes you laugh a little slower
Makes you talk a little lower about the things you could not show her

And it's been a long December and there's reason to believe
Maybe this year will be better than the last
I can't remember all the times i tried to tell my myself
To hold on these moments as they pass

And it's one more day up in the canyon
And it's one more night in Hollywood
It's been so long since i've seen the ocean i guess i should..

Nu Year lagi..

Nu Year lagik.. 2009, melangkah ke 2010. Bermacam ragam pengalaman pahit manis ada. Kawan baru itu normal.. tapi jenis yg macam mana kawan baru yg kita dapat tue. Semoga kita baik2 sahaja. At least aku dah tercapai satu perkara yg memang aku niatkan utk tahun nie.

Next year cuma tinggal beberapa jam. Tapi mengikut kalendar Islam, tahun baru dah lepas dah. Cuma budaya orang zaman skang nie jer yg sambut nu year tak hingat dunia. Aku tatau nak taip apa, fikiran aku agak serabut dan sedikit buntu juga sekarang nie. Cuma aku mendoakan yg terbaik buat kalian2 di luar sana. Semoga dapat apa yg kalian hajatkan dah impikan. Bukan sebab apa pun, sebab it's a nice day to be alive.

Wednesday, December 30, 2009

.... part 2

Kawan, tiba2 aku tringatkan kau. Yg suatu waktu dulu menemaniku waktu senggangku walau sekadar lepak makan minum di uptown. Kadang2 kita juga kluar bersama menonton midnite di klcc. Melepak melayan sbatang dua seblah dome. Susah senang kadang2 kita kongsi bersama. Tapi disebabkan satu perkara, kau dengan aku saling tidak berhubungan sampai sekarang. Adakah kita terlalu ego? Hanya aku yg ego atau kau sahaja? Sampai sekarang kau tak pernah hendak mendengar penjelasan dari aku tp kau terikat dengan penjelasan sebelah pihak. Adilkah bagi aku sebagai seorang kawan?

Ko kat mana sekarang? Sudah berkahwinkah? Atau sudah bertukar kerjakah? Atau kau dah berpindah bekerja di luar negara? Maafkan aku sebab tiba2 teringatkan kau. Tiba2 aku rindukan kisah lalu, actually.. i miss u my fren.. miss u and ur x gf. Korang berdua tetap juga kawan aku. Walau apa pun yg korang nak anggap kat aku. People make mistake tapi penjelasan itu perlu didengar tanpa prejudis hanya pada sebelah pihak. Tapi apapun.. aku tetap doakan yg terbaik buat kalian berdua. Aku bukan apa.. sekadar rindu.. rindu kat korang berdua.

p/s : didedikasikan buat anson wong dan azalea... andai kalian terbaca.. ketahuilah, aku sangat rindu kalian berdua.

Monday, December 28, 2009

...

Hidup cuma satu persinggahan. Tapi dari perspektif mana anda pandang dan anggap persinggahan itu? Adakah cuma utk diri sendiri atau utk generasi yg akan datang? Aku prefer yg 2nd. Apa yg aku buat sekarang dan aku harapkan bukan utk diri aku tapi utk jaminan bagi generasi yg akan datang.

Yg perlu aku buat sekarang cuma mengutip bekalan. Sebab kadang2 manusia itu akan ke dunia yg mana dunia itu menjemput kita secara tiba2. Kot terlupa nak bawak bekal.. teruk nanti. Buat peringatan pada kengkawan dan juga pada diri sendiri. Marilah kita sama2 sediakan bekalan seblom dunia yg satu itu datang menjemput kita.

Sunday, December 27, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Selesai suda satu niat kecil aku utk tahun nie. Sekurang kurangnya aku melangkah setapak dalam fasa baru idup aku. Mungkin dengan umur aku, agak terlewat ssebenarnya tapi tak kisah la. Apa yg nak diherankan.

Walaupun ujan lebat semalam, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Thanks buat kengkawan yg mendoakan dan ucapan tahniah kalian. Mungkin aku akan sedikit bz selepas ini. Andai tak dapat memenuhi undangan kalian utk berlibur, diharap kalian dapat memahami keadaan. Tapi kalau utk menonton wayang.. InsyaAllah :D

Semoga kengkawan suma sihat walafiat dan dihindarkan dari sebarang kecelakaan, dan diberikan kesihatan pd kedua ibu bapa kalian. Amin.

Tuesday, December 22, 2009

Mari Melayan..



i'll drown my beliefs
to have you babies
i'll dress like your niece
and wash your swollen feet

just don't leave
dont leave

i'm not living
i'm just killing time
your tiny hands
your crazy-kitten smile

just don't leave
dont leave

and true love waits
in haunted attics
and true love lives
on lollipops and crisps

just don't leave
dont leave

just don't leave
dont leave

no title..

Agak bosan arini.. tader menda nak dibuat.. nak jogging pun cam maleh je petang nie. Walaupun aku dalam mode yg dikatakan waktu senggang seblom bz. Bila agaknya aku akan bz? ....

Monday, December 21, 2009

.....................

Arini lepas kerja aku terus bergegas ke muar. Melawat seorang sahabat yg baru sahaja kehilangan bapanya akibat kemalangan. Ibu tiri meninggal di tempat kejadian, tapi bapanya masih bernafas dan meninggal sejam kemudian. Kejadian berlaku di batu 12 bakri, dan dikatakan terdapat sebuah kereta yg dipandu oleh pemandu yg mabuk yg cuba utk memotong 4 buah kereta dengan sekaligus pada garisan berkembar, dan kebetulan melalui jalan bukit lalu bertembung secara berdepan. Alfatihah buat bapanya dan ibu tirinya yg meninggal dunia.

Aritu waktu aku sembahyang jumaat, aku sebak mendengar alunan pak iman sewaktu mengimamkan solat jumaat. Tapi arini aku bersedih atas kejadian yg menimpa pada kedua orang tua sahabatku. Sedikit sebanyak menyedarkan aku, kedua orang tua aku masih ada. Apa harapan mereka padaku yg belum sempat aku tunaikan? Semoga segala perancangan itu menjadi. Balek dari Muar aku singgah ke melaka utk melawat sepupu pada kawan aku yg juga kemalangan, patah bahu tangan kiri.

Maaf, aku cuma tatau nak post apa, sekadar mengingatkan pada teman2 yg lain, sewaktu kalian memandu..ingatlah orang yg tersayang. Sebab hidup ini terlalu indah utk dipersiakan. Walaupun ajal maut itu di tangan Tuhan, tapi mencegah adalah lebih baik dari mengubat.

Friday, December 18, 2009

Ari Jumaat..

Korang pernah tak rasakan, keadaan syahdu yg mana tetiba korang sebak sewaktu korang sedang mengerjakan solat jumaat? Yang mana korang menghayati bait2 ayat yg dituturkan imam tatkala mengimamkan solat jumaat? Dengan kemerduan suara yg mengalunkan ayat2 suci yg bila didengar terasa syahdu menusuk ati. Seblom nie aku tak pernah rasa macam nie. Cuma arini aku tatau kenapa aku tetiba macam syahdu bila dengar bacaan yg aku rasakan agak lek lek cool jer.
Tapi sebenarnya suara imam yg mengimamkan solat jumaat di tempat aku tadik, memang aku dah biasa dengar. Sudah lali sebenarnya, cuma kali nie aku lebih menghargainya. Tidak seperti seblom ini. Lagipun, imam tu bapak aku.

Wednesday, December 16, 2009

Alkisah..

Kat vf aku tak post gambar, kat fb pun aku tak post gambar, kat blog aku cuma sebilangan sahaja gambar dari RCK yg aku masukkan. Bukan bermaksud aku tak happy join tu suma. Sangat menghargai.. malah masih lagi terasa. Tgk kat kengkawan.. suma taruk gambar itu ini itu ini.
Antara sebab aku tak taruk, aku takut tiba2 aku rindukan suasana tu suma. Suasana yg macam tu sebenarnya skali skala sahaja dapat dirasai. So..bagi aku.. lebih baik aku simpan jer gambar tu dalam pc aku nih. Maaf kengkawan, kerana tiada gambar kalian dalam blog aku mahupun fb juga vf. Cuma satu jer yg aku mahu kalian tahu, aku sayangkan kalian dan kalau panjang umur.. kita pasti akan berjumpa lagi utk lalui sekali lagi suasana yg macam tue.



Yang aku ada cuma gambar nih, dan buat kengkawan yg nak memantapkan diri, meh la rasa kicap ini. Harga aku tatau.. tapi ada kat sabah. Kalau inginkan bentuk badan yg macam man yang tap @ mantap, minumlah kicap ini tapi dengan sebutan tap dia disebut sepanjang 2 harkat. Mantaaap :)) Silalah mencuba :-bd :-bd

Hahahahaha...

Utk kesekian kalinya, aku berjogging. Dapat 2 round non stop kat tasik permaisuri, walaupun jogging slow2.. at least buley la menahan. Tapi agak menyemputkan jugak la. Dan secara tak sengaja aku dapat tau, kat stadium Kuala Lumpur depan HUKM tu ada buat world marching band competition. Sangat teruja dan sangat kepingin utk aku tonton. Last day 20hb nie. Ada sesapa berminat nak join? :-bd

Tapi siyes cakap, dah lama tak jogging.. aku cam paksa diri aku sket.. trus krem dah kaki aku, penat toksah citer la.. normal la tue. Sampai aku rasa malam nie aku kompom tdo awal. Kul 10 malam mo tdo :D Ada yg rajin nak temankan aku jogging lagi besok? :X :X

Argghh.. perasaan puas dan berpeluh jantan selepas jogging, sangat buatkan aku teruja. Seb baik tak ujan. And it's really a nice day to be alive :)

Tuesday, December 15, 2009

Aduyai...

Apa yg kalian tau pasal GST? Ada jer cukai baru dorang nih nak kenakan kat rakyat, kalau dibelanja cara berhemah takper.. tapi.. sendri mo ingat la. Laksanakan KPI kunun, cuihhh.. Anda mungkin berpuas ati, tapi rakyat?

Aku sangat BANGGA menjadi rakyat Malaysia bila kita ada government yg macam nie. Diulangi.. sangat sangat SaNGaT BaNgGA!!!!

What?

Nu year is just around the corner.. wut will i do? aku jenis yg takder nak buat azam2 ke apa ker. Cuma this year..insyaAllah, kalau la ada kawan yg mengajak gi memana masjid utk muhasabah diri sempena tahun baru, aku pasti join.
Buat kengkawan yg lain, kita semua pastinya berharap berubah dari yg tak brapa baik ke arah yg lebih baik. Tu jer..

It's a nice day to be alive... remember? :X :X

Sunday, December 13, 2009

Impian..

Ko ada impian? Kau? Engkau plak? Mesti korang akan pergi pada satu jawapan, impian yg sama bagi setiap orang. Live happily ever after... hahaha.. kekadang cam typical lak jawapan camtue.
Aku? Aku ada impian? Of course la aku ada impian. At least satu perkara yg aku impikan utk tahun nie yg telah aku niatkan dari awal tahun akan terjadi. Tapi bukan itu saja impian aku. Masih ada satu lagi impian yg aku rasa sangat susah utk aku penuhi dalam waktu terdekat nie. Dan adalah sangat mustahil juga buat masa nie.
Kan? Kan? Kan?
Tapi kebiasaannya kalau nak diikutkan impian bagi setiap orang adalah berbeza mengikut kehendak masing2. Impian aku yg tak tertunai sampai stakat nie cuma satu..

Layan konsert live Radiohead :(( :(( nampak gaya terpaksa aku gi oversea kalau nak layan konsert dorang. Tu suma.. belanja tak hingatnyer tue. Tapi InsyaAllah.. Cam tak brapa baik jer impian aku yg satu nie kan? Kan? Kan? Kan? Tapi tak kisah laa.. asalkan kita tau dimana kita berpijak.. cukup laaa.. :)

Wednesday, December 9, 2009

Hello..

A butterfly lives only for a few days.
But still it flies joyfully capturing many hearts.
And my friend, each moment in life is precious.
Hello my friend.. whoever you are and wherever you are.
May God blesses you.. always.

Cuti-cuti Malaysia..


Kenduri kawen seorang sahabat di Labuan... pengantin lari dari pelamin semata-mata nak melayan okok sebatang.. :))


Dari dalam feri menuju ke K.Kinabalu.



Imperial International.. melayan blues..

Sekian saja cuti2 malaysia aku.. sekian tima kaseyy..

Wednesday, December 2, 2009

24...

Nothing much to say on ur special day.. just wanna wish u all da best in wuteva u do and may happiness is always witchoo...



Happy besdei my kazumarella.. and thank you for loving me..

Rokok oh Rokok

Perbelanjaan aku utk bulan November, menampakkan berlaku pembaziran pada yg tak sepatutnya.. Dan yg paling ketara.. rokok!!.. Mengikut perangkaan dan statistik yg aku sendiri catitkan dalam note aku. Aku membeli sebanyak 33 kotak dunhill besar sepanjang november yg kalau ditukar kepada RM menjadi rm306.90. Utk Movie sebanyak rm145.00 dan utk dobi rm59.00, komik bulan november tak banyak, cuma rm12.80 jer. Dan kesemua itu menjadikannya rm523.40 yg pada pendapat aku sangat membazir.

Persoalannya, bagaimana aku nak kurangkan antara yg 4 nie? Dobi? .. takleh nk elak sebab aku memang jenis yg tak rajin nak membasuh sendiri. Komik? aku bercadang utk berhenti beli kreko dan cuma menumpukan pada siri2 yg menjadi collection jer. Movie? akan aku pertimbangkan utk kurangkan. Rokok? Kalau boleh aku nak benti terus :( tp..
argghhh!!!!!!!!!!!!! Bila nikotin tader lam badan.. rasa cam lumpuh kejap. Tak keruan, will power aku utk benti mokok nie tak cukup kuat. Frankly speaking, aku perlukan bantuan utk hentikan tabiat aku nie.

Kadang2.. aku tension, dah la income tak seberapa tapi abiskan pada menda yg tak berfaedah. Haihh..

Besok..

Besok..
Macam biasa aku akan kerja stengah hari.
Mungkin akan ke Alamanda utk bermovie marathon.
Bersiap sedia mempersiapkan barang dan diri.
Juga nikotin yg merosakkan berkaton katon.

Besok..
Akan berangkat ke Labuan Sabah utk 3 hari.
Sambut besdei si dia dulu sebelum pergi.
Tanak nanti dah sampai sana si dia gigit jari.
Mengenangkan aku yg tau2 jer dah pergi.

Besok..
Rombongan Cik Kiah membuat lawatan.
Jauh ke Labuan merehatkan diri.
Tenang melihat keindahan dan hutan.
Dalam mencari dan mengenal erti diri.

Sekian..

Sunday, November 29, 2009

Mutiara Kata...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu. Bila DIA Lambat Makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin mengujimu. Bila DIA tidak makbulkan Doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun...Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

Friday, November 27, 2009

Ntahapaapantah

Ada masa keburingan itu melanda, sampai tatau nak buat apa menda, kalau dulu dah tentu aku dok melayan main kuda, tapi la nie dah insaf suma menda tu dah takda.

Semalam..raya aji suda berlalu, malam seblom tu dok hang out ngan geng yg sebulu, dok layan movie sampai tak ingat masa yg berlalu, sudahnya layan citer yg brutal darah memancut melulu lulu.

Bulan 11 tinggal brapa hari jer lagi, sedar tak sedar banyak masa yg berlalu pergi, kadang2 aku tersenyum sorang sampai nampak gigi, walaupun apa yg kurancang sebenarnya masih banyak yg tak menjadi lagi.

Sebulan sikit jer lagi dah nak tahun baru, tapi aku masih dok usik rambut tergaru-garu, apa yg aku rancangkan aku tanak terburu-buru, takut sudahnya nanti aku yg miss soru.

Sekian sudah waktu merepekku, baik aku buat menda lain takpun baca buku, buat anda suma kengkawanku, doakan yg terbaik selalu buat diriku..

Assalamualaikum...

Saturday, November 21, 2009

Aku..

Maaf.. ini sekadar aku yg perasan.. kembali ke daerah 80-an yg tak pernah ku bosan. Walau dari dulu orang tua ku pernah berpesan. Sesama manusia berbaiklah sangka dan berbelas kasihan.




Kunun2 ala-ala 21 Jump Street .. takleh blah btol :))

Kehidupan.

Lelaki ini,
Kadangkala fikirannya bukan hanya kau dan aku,
Kerna kadangkala terdapat kehidupan ditengahnya,
Andai hidup ini hanya kau dan aku,
Maka perlukah aku abaikan kehidupan?

Lelaki ini,
Mencari kehidupan dari yg tak tersangka,
Bukan utk melupa juga bukan utk persia,
Tapi utk kau dan aku,
Utk kehidupan yg ada di antara kita.

Buat Gadis,
Maaf andai terasa dipersia,
Bukan maksud diperluka segala,
Tapi harus difahami,
Aku ini lelaki yg mahu merobah kehidupan.

Buat jiwa,
Keutuhanmu yg slalu ku tagih,
Bukan cuma buat meracau jiwa,
Yg kadangkala sedikit tercuit terseksa,
Kerna kehidupan itu hanya sebuah kehidupan,
Yg akhirnya bisa membahgiakan kau dan aku.

Kuatkanlah hatimu..
p/s : hanya utk yg sorang...

Saturday, November 14, 2009

Buat Kalian..

Walau saya di tag, harap maklum.. agak sukar utk saya menunaikan yg 0.01% tu, Buat sahabat yg bernama JinTap, maafkan tuan hamba, ada masa nanti.. kita main chess ok? :))

Just Another Day..

Rabu berlokasikan panggung wayang Alamanda.
Raging Phoenix dan Pisau Cukur..

Raging Phoenix : buley laaaa menahan.. takder la sebagus yg aku jangkakan. sekadar satu lagi filem stereotaip dari thailand. ok laa.. but not really good for me.

Pisau Cukur : Antara pembaharuan dalam filem melayu. Genre komedi yg buley dikategorikan ok. Satu aliran dengan filem2 alfdlin shauki. Tapi aku lupa nama pengarah dia, sebab..kalau dia mengarah lagi.. aku tak was2 utk menonton. Keep up the good work dude \m/


Khamis : juga di lokasi yg sama.
Jennifer's Body dan 2012..

Jennifer's Body : Citer yg simple, tapi kalau dia bleh detailkan lagi part yg occultism n satanism tue, dan ditambah dengan unsur yg lebih horror, mungkin akan jadi lebih gempak. :D

2012 : satu lagi kesinambungan cerita tentang kemusnahan dunia, ok laa.. tapi kalau dilihat betul2 seolah satu lagi filem propaganda buat kalian2 yg faham maksud saya. Utk menonton filem nie anda cuma perlu penghayatan pada dia punya kemusnahan jer. Jalan citer dia simple jer. :D


Next week? Sesapa nak menonton tu.. ajak la aku :X

Saturday, November 7, 2009

Xperiment..

Simbolika itu sangat melankolika..
Yang kadangkala punya nilai estetika..
Paranoia adalah terpaksa mengikut emansipasi diri..
Kerna kebodohan kadangkala selinap masuk mencari..

Arggghh!!!! Persetankan..kerna itu bukan aku..
Yang kadangkala coba merobah personaliti diri..
Walau sekadar mencari erti sesuatu yg kaku..
Yang sering saja coba coba utk berlari..

Walau yg halus itu terkadang mulus..
Yang tulus itu terkadang kudus..
Mengangkat simpati diri yg halus..
Dari laman indah tercipta suatu yg telus..

-titik..-

p/s : Sesungguhnya yg diatas bukanlah diri aku, rasa cam mengong jer kengkunun nak mencipta ayat yg frasanya sangat berterabur..muahahaha. Tapi sekadar satu xperimentasi diri. Ada masanya kita perlu utk jadi bukan diri kita sendiri.

p/s : part 2 : aku cuma merepek.. aku sendiri pun tatau apa yg aku taip.. so.. korang jgn memandai nak membuat telahan sendiri :-w

Friday, November 6, 2009

Hujan..

Hujan bulan november..
Kadang2 buatkan aku syahdu sorang2..
Menikmati setiap titisan yg gugur...
Mengagumi akan keindahan yg lahir setelah hujan itu berhenti..
Dan mengenang memori indah yg berlaku tatkala hujan turun..



Satu ayat, memory still remains..
Kenangan indah itu selalu terpahat dalam ingatan walaupun telah lama berlalu.
Cuba utk kita lupakan.. tapi ada masa ianya datang kembali..
Dan saat ianya datang kembali.. cukuplah kalau kita sekadar menghayati..
Sebab apa yg kita perlu dan tumpukan.. adalah masa kini..

It's a nice day to be alive kan? :X :x

Thursday, October 29, 2009

Bosan..

Kalau aku bosan..



Percayalah.. bosan itu menggemukkan..

Tuesday, October 27, 2009

Weekend aku..

Sabtu.. bosan tader menda nak buat, kuar ngan member aku pi alamanda layan movie. Citer pertama.. Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Satu filem melayu yg bagi aku sangat gah pada tajuk dan pada poster. Tapi cuma tu jer. diulangi.. itu jer. Bagi pandangan aku dari sudut seorang khalayak penonton. Citer tu tak layak pun ditayangkan di pawagam sebab buatkan penonton cam aku rasa membazir membelanjakan rm10 utk buang masa sejam lebih menonton citer yg bagi aku sangat2 hampeh nak mampus2. Aku ingat orang yg buat filem nie, tak pernah tgk filem kot? Farid Kamil dan zulhuzaimy, pelakon yg agak bagus bagi aku tapi.. lu blakon citer macam nie.. kredibiliti lu musnah bai. siyes wa cakap. Kalau ada cite yg ada lu org, gua banned.

Citer kedua, Law Abiding Citizen..citer yg menarik dan plot yg menarik, sekurang kurangnya dapat lepaskan tension aku tgk citer yg pertama tadik. Aku tanak citer kat sini sebab nanti ilang lak stim korang nak menonton. Tapi memang aku sarankan buat kaki2 wayang.

Ahad.. picnic di sg congkak.. xtiviti paranormal dengan kengkawan vf aku. Penat but fun.. thanks buat mereka2 yg sudi menghadirkan diri dan memberi kerjasama. Walaupun ahad itu sekadar hari2 yg berlalu pergi tp tetap dalam memori :)

see ya \m/

Friday, October 23, 2009

Setahun...

Pejam celik pejam celik dan sedar tak sedar jer.. masa tu cepat sangat berlalu..Tanpa sedar.. aku baru jer berjalan menuju tepian pantai mencarik perahu. Cuma aku masih lagi belum belayar meredah lautan dalam.

Happy Anniversary to me.. thank you for loving me.. and i always know cause it's a nice day to be alive.

Sunday, October 18, 2009

Ahad yg takbest..

Ari ahad. Aku ingat lepas keje nak la lelepak kat umah melayan kepenatan diri sambil dok layan2 tv. Tapi.. ada kenduri plak kat bawah umah, aku tak kisah la ada kenduri ke apa ker. Cuma yg cam takbest tue.. dorang pi bantai pasang lagu kuat2 and siap karaoke lagik. Aku tak faham la.. dorang nie buat kenduri ke buat audition karaoke? Perlu ke kita membudayakan karaoke nie pada setiap majlis kenduri kawen?

Aku tak kisah la sebenarnya, aku tau la kenduri kawen tu sekali seumur hidup. Tapi tgk la tempat dan keadaan. Kita hidup berjiran.. agak agak laa...orang lain ari ahad time cuti dok umah nak rehat2 tenangkan kepala. Korang sebab kenduri korang bantai layan karaoke ikut volume sesuka ati. Korang ampeh tau tak.. ampeh. Kang kalau aku maki kata aku tak hormat, tapi camner aku nak hormat kalau korang tak hormat ngan jiran2 korang. Heran betul aku.. nyampah sangat2. Aku nyampah!!! korang tau tak?!!!

Ahh.. lantak korang lah.. nak tanak aku gak yg terpaksa mengalah.. kuar umah.. lepak on9 lam kedai aku lagik bagus ..tension dowhh.. tension..

Saturday, October 17, 2009

Sorry..

Sorry..
Sebab dah lama tak mempadet blog...
Sebab banyak masa dan tenaga sudah digunakan...
Sebab membuatkan kalian2 tidak merasa selesa dengan saya...
Sebab bercakap ikut suka...

Maaf..
Sebab tader post yg menarik utk ditaipkan...
Sebab mungkin akan mendiamkan diri utk masa yg lebih lama...
Sebab keadaan tidak lagi mengizinkan utk selalu bersama kalian...
Sebab memang perlu utk memulakan fasa baru dalam hidup aku...

Thanks..
Sebab kemesraan yg kalian2 berikan...
Sebab aku dan kalian2 sentiasa berkekalan...
Sebab bersama kalian aku semakin mendekati yg Esa...
Sebab bersama kalian aku bisa mengikis sikap negatifku yg dulu...

And then.. how to become a hero when u start from zero? And i'm quite miserable cause i know.. at last.. i need to do it by my ownself..new phase of me life and im cool with it.. cause it's a nice day to be alive..

Friday, September 25, 2009

Sabtu yg beku..

Hari nie aku start keje yg bersamaan dengan hari Sabtu, tgh hari aku dok termenung menggaru kepala walaupun sebenarnya takder kutu, dok garu tapak tangan ingatkan duit nak masuk sampai jadik kematu, rupa-rupanya banyak nak kena bayar utk kaber yang ari ari seblom tu. Sudahnya dok layan2 kepala ushar2 orang kat tepi pintu. Tapi terkejut sekejap sebab nampak kucing lalu yg kulitnya sangat menggerutu.

Utk aku..mood raya memang dah abis dah, niat di hati nak carik bilik sebab ada rasa macam nak pindah, tapi macam aku cakap seblom nie yg bajet aku terlebih sudah, kalau jumpa mamak ceti pun kompom dia cakap "citt podahhh!!!". Tapi takper..isnin nie aku dah ada rancangan lain dah, yg akan aku usahakan sampai ke sudah. Korang2 doakan aku jer pun kira dah ok dah.

Sementara raya nie kalau makan tu ingat2 la kawan selalu, jgn dok teriak tak dapat balek kampung pikir pasal sedih dan pilu, dan jgn dok pikir sangat pasal menda2 yg dah berlalu, masa depan yg penuh liku yg kita kena kuatkan diri utk kita lalu, tapi seblom korang boring baca post yg nie.. baik aku blah dulu :P

Have a good day my fren.. :)

Tuesday, September 22, 2009

Raya...

Selamat ari raya ke 3 buat semua. Tader yg menarik rasanya raya tahun nie. Sekadar ada sedikit bual bicara antara aku ngan mak aku. So far semuanya dapat berkumpul jugak la tahun nie walau ada yg datang lewat. Adek bradik aku 9 orang sumanya ada. Anak buah aku 11 orang pun sumanya ada. Adek2 ipar aku 3 orang, akak ipar 2orang ngan abg ipar sorang. Satu umah sumbat 27 orang, hamek ngko.. betulnya beraya :))

Raya pertama aku ngan suma2 nie dok serbu rumah family adik2 ipar, abg ipar.. bayangkanlah skali konvoi gi beraya 27 orang skali jalan. mau tak terkujat tuan umah. So far raya pertama dapat pergi ke 4 buah rumah sahaja. Mood macam tak brapa ok nak gi bebanyak rumah.

Raya ke2, sepanjang hari aku dok kat umah.. bangun tdo jer dah dekat tgh hari.. dok umah sepanjang hari dok ngadap pc. Bila tiba malam hari aku demam lak. Takleh tdo..nak dekat kul 5 pagi baru aku terlelap kot. Batuk2.. demam. dan sedikit rasa tak selesa serta sesak nafas.. Lain macam lak rasa.. cam scary pun ada.

Raya ke 3, bangun awal lak arini walaupun tdo nak dekat kul 5, kul 7 lebih dah terjaga tapi nak try tdo balek tak boleh, kesukaran bernafas.. rasa cam nak kena gi jumpa doktor pasnie. Dan kebetulan umah aku ada buat kenduri doa selamat sempena adk aku yg baru jer bersalin dan sorang lagi yg bakal bersalin. Nie masa tgh post menda nie aku sebenarnya sedang menunggu si Aujinz on the way ke umah aku. Ada gak kawan datang beraya :)

Raya tak abes lagi.. tapi nie jer dapat aku citer dulu buat masa nie. Jumpa lagi lenkali :)

Sunday, September 20, 2009

Commercial break lagi dan lagi dan lagi...



I guess this tim eyou're really leaving
I heard your suitcase say goodbye
Well as my broken heart lies bleeding
You say true love is suicide
You say you've cried a thousand rivers
And now you're swimming for the shore
You left me drowning in my tears
And you wont save me anymore
I'm praying to God you'll give me one more chance girl

Chorus**
I'll be there for you, these five words i swear to you
When you breathe, i want to be the air for you
I'll be there for you
I'd live and i'd die for you
I'd steal the sun from the sky for you
Words can't say what love can do
i'll be there for you

I know you know we've had some good times
Now they have their own hiding place
Well i can promise u tomorrow
But i can't buy back yesterday
And baby you know my hands are dirty
But i wanted to be your valentine
I'll be the water when you get thirsty baby
When you get drunk, i'll be the wine

Repeat Chorus**

I wasn't there when you were happy
And i wasn't there when you were down
Didn't mean to miss your birthday baby
I wish I'd seen you blow those candles out

Repeat Chorus**

Saturday, September 19, 2009

Selamat hari raya aidilfitri..

Aku update just nak ucap selamat ari raya, lepas pengumuman dan tak brapa minit lepas tu aku dengar pula takbir raya, besok pagi aku ngan family pakat2 pergi semayang raya, balek umah dah tentu dok bermaafan sambil makan ketupat tak lupa juga kuih raya.

InsyaAllah 1Syawal disambut dengan meriah sekali, kita dok pakat2 mengunjungi sanak kaum famili, tapi aku sorang jer kat umah nie yg baju rayanya tak dibeli, sebab yg lama punya aku rasa masih elok sekali, tak perlu membazir sebab kita cuma kuli, pedulikanlah kalau ada sapa pun yg nak perli.

Pagi raya mesti ramai yg berfesyen sakan, tapi ati2 jgn sampai kotor masa makan, dan jgn juga mengumpat yg bukan2, juga tak dilupa utk mengajak semua rakan2, sesambil berjalan usik mengusik anak dara di pekan, yg tersipu dan kelihatan manis pabila senyuman dilemparkan.

Tanganku dihulur maaf kupinta, buat family.. semua rakan dan juga yg tercinta, halalkan makan minumku maafkan yg tersalah kata, sebab kadang2 kita sendiri tak jangka yg hati kita ni buta, so..di hari yg mulia ini kita elakkan la dari dok mengata.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. :)

Wednesday, September 16, 2009

Sesi buka puasa lagik...


Ahad lepas.. bersamaan dengan sekian2 hb.. Aku uruskan satu majlis buka puasa ngan kengkawan. Muara ikan bakar port klang jadik port skali lagi. Gian nak layan tongtam(sotong+ketam). So.. majlis berjalan lancar tanpa ada kesulitan melainkan sorang drebar yg sesat sampai kemana, yg seb baik bleh sampai rite on time walaupun sesat. 11 orang yg join termasuk aku, tak dapat nak ajak reramai sangat sebab jemputan aku adalah terhad. Maaf kalau ada yg tak diajak sebab makan2 nie ada orang blanjer.. :)

Dan semalam.. ari rabu.. ada lagi jemputan ke berbuka puasa, reramai gak tapi kali nie kat ayam golek kerinchi. Ayam dia ok la.. cuma ada sumthing yg aku rasa ada yg tak kena. Tapi aku tatau apa dia sebab mungkin tempat dia tak brapa selesa ataupun apa dan ini bukan kali pertama aku pergi. Aku tgk aspek kebersihan tak brapa dititikberatkan. Maaf cakap.. tapi kenyataan. Walaupun ramai yg join tapi tak berapa meriah sebab ada yg dijemput join datang lambat.

Dan dah 4 arini aku rasa cam takbest..Sangat takbest sebab hp aku rosak.. pokai wooo raya tahun nie. Renew roadtax ngan insuran Big D aku. Tayar dia.. ngan nak beli hp besok nih.. tension tension.. tapi sabar jer laa..apapun..yg penting itu mengeratkan hubungan silaturrahim bersama kengkawan.

Aku tatau nak citer apa sebenarnya.. sok sok la aku update lagik.. :D

Sunday, September 6, 2009

Asal usul...

Dulu aku antara peminat satu kumpulan yg menggelarkan diri mereka Poetic Ammo. Satu group yg sangat gah zaman aku muda2 dulu (walaupun skarang nie aku sentiasa jer nampak muda) muahahahaha. Hampir semua lagu dalam satu album tu aku bleh melayan. Dan salah satunya adalah lagu yg bertajuk.. It's a nice day to be alive. Dan tajuk blog aku nie aku ambik dari tajuk lagu nie sebenarnya.. so layankan la lagu nie.. walaupun korang suka atau tak, aku tetap suka disebabkan tajuk dia sangat best utk aku renungkan akan makna yg tersirat :D

Buka puasa lagi.

Ahad 6ptg. Aku dah terpacak di Rumah Titian Kasih atau RTK. Kalau RT jer nanti jadik rukun tetangga takpun rumahtangga jer. Aku kesana atas tujuan menghadirkan diri utk majlis berbuka puasa bersama warga VF yg lainnya. Ada muka yg baru aku jumpa dan juga muka2 yg dah biasa jumpa. Aku sekadar suka memerhatikan telatah orang dan telatah kanak2 kat situ. Tu jer.

Lepas berbuka.. maghrib dan isyak beserta terawih juga disitu. Cuma terawihnya terlalu laju. Kira ok la.. dari takde. Waktu aku tgh dok post menda nie. TV1 sedang menayangkan terawih dari Makkah. Syahdu pun ada.. sedikit terusik hati pun ada.

Masa nak pergi actually nak gi awal, tapi biasa laa.. kalau berjanji ngan orang.. mesti akan ada sedikit problem yg tak disengajakan. Diulangi.. tak disengajakan.. tapi takper laa.. lambat sikit jer. Si dewa ngan hisam lambat sampai sebab tayar moto dia pancit.. tader apa yg dapat aku bantu sebab jauh. Then pergi jemput lak kawan dewa kat setiawangsa then baru gerak gi RTK tadik tuh. Tapi kami selamat pergi dan pulang ke rumah memasing. Alhamdulillah.

Tu jer la aku nak citer.. bukan ada apa sangat. Cuma .. melihat keadaan di RTK, syukurlah yg kita suma punya keluarga dan orang yg saling menyayangi di antara kita.
~end~

Saturday, September 5, 2009

Buka Puasa...

Semalam on the way balek dari temankan orang bersoping baju raya, ternampak kelibat Central Market. Tiba2 kenangan cam kembali zaman aku dengan kengkawan aku yg sker sangat lepak kat central market utk berbuka. Restoran Hameed kot kalau tak silap aku, yg restoran dia blah bawah.

Dulu aku jenis yg suka memerhatikan gelagat orang, gaya orang dan cara orang. Belajar apa yg boleh kita belajar dari orang sambil mengushar gadis2. Normal la tu.. ada ke lelaki yg tak mengushar gadis2?? Dulu slalu gak la dok mengayat gadis2 kat CM tu. Ada yg sangkut..ada yg bolayan jer, tapi nak buat camner kan? Lelaki sejak azali dilahirkan sebagai pemburu. :D

Tapi siyes..aku rindukan saat2 aku berbuka puasa ngan kengkawan aku kat CM macam dulu2. Skang nie kalau aku pergi pun..aku cuma akan rasa sunyi sebab aku perlukan kawan yg sama utk lepak kat situ. Dan tiada orang lain yg dapat gantikan kawan aku yg biasa aku lepak kat situ dulu. Perasaan sangat berbeza beb. Aku rindu giler kat kengkawan aku beb. :|

Petang nie, aku pergi berbuka pose kat umah orang2 tua kat titiwangsa.. Semoga terbuka keinsafan dalam diri aku. Amin..

Thursday, September 3, 2009

Commercial Break lagi.... tatau part brapa.. tak ingat..




lagu yg pernah menjadi laguku.. sampai dalam tepon pun taruk nama my BoO.. jgn marah ek.. ini sekadar kenangan.. kenangan itu sentiasa kita bawa dalam kehidupan kita.. so.. peace \m/

Wednesday, September 2, 2009

Merdeka yg lewat....

Aku sungguh tak sangka, dah terlepas beberapa hari dah kita menyambut kemerdekaan. Korang ada rasa ke yg kita menyambut merdeka tahun nie? Korang ada rasa ke semangat kemerdekaan dalam diri korang dan jatidiri yg kukuh sebagai anak merdeka? Melainkan iklan2 kt tv jer yg memeriahkan merdeka kita tahun nie? Mungkin sebab puasa atau mungkin jugak senario yg melanda negara kita sekarang nie.

Dengan berita terbaru tentang apa yg berlaku kat indonesia (korang carik la sendiri brita tu kalau nak tau) . Dengan suasana politik dan kes2 mahkamah yg menjengkelkan. Semangat aku nak sambut merdeka tu memang tader, hilang.. kosong. Dan kalau tahun lepas aku kibarkan la jugak bendera kat blog aku nie but not this year. Sikit pun aku takder perasaan tu. Cuma aku masih lagi punya semangat seorang rakyat malaysia.

Bulan puasa nie, aku lebih banyak habiskan masa aku dalam kedai aku. On9 dan buat apa2 yg patut dan tak patut. Tayah la korang tanya apa yg tak patut tue. Buang karan jer tanya..bukan aku nak jawab pun. Dan aku pun bukan jenis yg rajin nak berjalan-jalan ke bazar ramadhan walaupun aku tringin nak makan itu ini. Sebab sangat leceh nak mencari parking..seolah-olah aku menyusahkan diri aku jer walaupun sebenarnya ke bazar ramadhan tu bagus sebab kita membantu orang kita meniaga. Beri sokongan pada mereka.. tp cuma aku jer yg malas nak pi, arap2 korang tak la macam tu..meh kita bantu orang kita meniaga.. seronok tgk senario macam tu. Dan kalau aku pergi pun.. setakat mencuci mata yg mana patut :)) biasa la kan.. lelaki.

Buat masa nie aku cuma tringin nak berbuka puasa beramai-ramai bersama sahabat2 yg biasa aku keluar, tp nak buat macam mana.. keadaan tak mengizinkan sebab masing2 ada program dan hal masing2. Lagipun waktu berbuka puasa nie pendek..nak kejar maghrib nak kejar isyak dan terawih lagi. Kalau berbuka ngan kengkawan for sure terlajak suma tue. Tak gitu?

Dah dulu.. penat baca pepanjang.. aku pun tak sker nak menaip pepanjang, sawan nak baca kang sebab bukan semua rakyat malaysia nie bebetul minat membaca :)) apapun harus diingat.. it's a nice day to be alive.. ok? peace \m/ lover :x :x

Tuesday, September 1, 2009

Aku yg sangat dulu-dulu...



Kosong, Zero , 0

Agak lama jugak aku tak mempadet(ayat kamus sengal) blog aku nie. Semenjak balek dari penang aku cam kehilangan mood nak posting apa2 dalam blog aku. Tiap kali nak melayan jer blog.. ada jer semacam menda lain yg aku nak buat yg lebih menarik dari mempadet blog aku.

Tup tap tup tap..Pling!!!! dah hari ke 11 dah kita puasa. Sedar tak sedar tinggal tak lama jer lagi. Tak sempat nak wish kengkawan selamat berpuasa, tau tau jer nak kena wish slamat ari raya. Tapi takkan la aku nak wish slamat ari raya arini kot, agak2 la kan. Tapi sempat jer kalau aku nak ucap selamat berpuasa buat kengkawan semua.

Next week, ada majlis berbuka puasa di rumah orang2 tua. Aku gagahkan diri menjoinkan majlis utk beramal sekali skala. Maklum la bulan pose, dah jadik macam sifat dan taboo bagi orang melayu Malaysia nie yg suka memilih di waktu2 tertentu utk beramal. Aku bukan mengkondem.. tapi bagus jugak dorang buat.. at least satu usaha yg suci murni. Orang macam aku jer yg jenis tak banyak beramal. Harap2 ada la kesedaran sket dalam diri aku nie.

Takde yg menarik dalam life aku semenjak dua menjak nie, cuma satu part jer tapi tak perlu la aku nak citer dalam nie. Sebab aku rasa macam sedikit peribadi yg tak brapa patut utk dikongsi buat tatapan ramai. Yg bleh aku bitau.. im cool.. happy..bahagia.. sekadar menghitung hari dan menghitung jari kaki sebab jari tangan je tak cukup buat aku menghitung. (walhal kalkulator ada je) :))

Mungkin akan semakin rajin mempadet selepas ini. Cuma ada waktunya aku teringat masa dulu2, masa aku dengan kawan2 aku yg menghabiskan masa melepak bercerita sebaik selesai berterawih. Aku rindukan kawan2 aku dan rindukan kehidupan dulu. Tapi aku hidup di dunia yg nyata yg mana aku terpaksa terima apa yg ada skarang nie. Alhamdulillah.. sememangnya aku terima. Cause it's a nice day to be alive.. peace \m/

Tuesday, July 7, 2009

gath penang..

Well .. takder nak update apa2 actually.. Just nak kongsi keseronokan bersama kengkawan. Lama tak pi penang, skali skala pi pastu join extreme race ala ala xplorace kira cam syok jugak la.. Maklum la.. lama tak lepak tepi pantai :D

Actually aku amek cuti semata-mata nak berjalan, asyik dok keje je..bukan leh kaya pun. Tapi sekadar tanggungjawab. Tapi aritu amek cuti 4 ari sekaligus, layan kepala ngan kengkawan. Skali skala join komuniti internet nie bergathering pun ok gak, lagipun dah lama tak join kan? Sori buat kengkawan yg mengirim ole-ole. Bajet tak brapa nak ada. Banyak nak guna huhuhu.. sabau la ek. Sesikit tu ada laa :)

Aku nak citer apa pun.. cam aku tak brapa pandai nak citer. Apapun tahniah buat para penganjur dan ajk yg bertungkus lumus menjayakan Mini Gath Penang nie. Salute korang sampaikan tuan director kena panggilan hangit sehari seblom gath berlangsung. Dan buat someone, aku mintak maaf sebab tak dapat banyak meluangkan masa bersama anda. Faham2 la kalau dah ramai2 jumpa kengkawan.. tak brapa elok nak berkepit jer :P lagipun.. masa kita masih panjang. Cause it's a nice day to be alive. :)



nie gambar aku ngan kumpulan 6 aku. Rangkaian 88.. :)) apa punya nama kumpulan da.. blasah jer :))





nie plak gambar aku ngan salah satu karakter kegemaran aku masa task dalam toy museum, tak puas beb ushar figure kat dalam tu.. geram jer :D

dah la.. tu jer.. papaii \m/

Thursday, July 2, 2009

Takziah....

beat it!!!! beat it!!! ... tu jer la yg aku slalu laungkan masa aku kekecik dulu. Sampaikan ada stengah orang tukar jadik Bidin!!!! Bidin!!!!... dan aritu.. tetiba aku cam terharu tetiba.. masa aku dok layan on9 sesorang lam kedai aku. Hebat dan gah di pentas dengan tarian yg sangat menghiburkan, perfomance superb, lagu2 yg sangat melayan. Tapi.. it's all over.. King of Pop is dead :-s

Takziah buat MJ yg sangat terkenal kerana lagu dan tarian beliau selain terkenal dengan kebodohan membuat pembedahan plastik tanpa menyedari orang menghargai bakat beliau dan bukan rupa beliau. Sadis.. Tapi wa sangat sker tgk tarian lu MJ.

Transformers, satu citer yg korang menyesal kalau korang tak tgk, dalam jangkaan dan tak rugi keluarkan rm10 utk durasi selama 2jam stengah. Buley menahan dan sangat stim ini crita muahahahaha...

Malam nie, aku nak berangkat ke Penang, dok sana selama 3 hari sebab aku nak join xplorace. Tetap jugak nak join walaupun badan tak fitt sebab mahu bersama kengkawan dan lagipun aku tak pernah merayau sesangat kat penang tue. So, seblom apa apa terjadi kat aku, aku mintak maaf kat kengkawan yg aku pernah buat salah ke apa ker, mana la tau... perjalanan aku tak direstui dan aku selamat pergi tapi tak selamat balek, just doakan la aku selamat pergi dan balek sebagai kawan korang. Sebab bukan senang utk mencari kawan dalam zaman yg penuh .. errr.. penuh apa ek? Pepandai la korang taruk sendiri.. tapi apapun, teruskan tersenyum pada sesiapa sahaja cause it's a nice day to be alive \m/ peace \m/

Monday, June 15, 2009

..........................

I feel good cause i have you father. Tu kata2 yg aku tgk tadik kat ntv7 tapi cambest lak ayat dia tue. Kena lak nak dekat dengan father's day yg aku sendiri tak brapa nak amek tau brapa aribulan. Sebab bagi aku, father's day suppose to be everyday. Camtu la jugak dengan mother's day.

Bila kita dewasa.. ada masa kita tak brapa nak ingat atau tak ambil peduli apa yg parent kita dah buat utk kita. Kita ada bf/gf so.. kita lebihkan jer masa kita dengan dorang sampaikan masa yg kita luangkan utk parent kita macam tak brapa nak ada. Pernahkan kita fikirkan atau kira jam atau masa yg kita luangkan bersama kengkawan berbanding masa yg kita luangkan utk parent kita? Atau adek bradik kita? Tapi orang kata walaupun masa yg kita luangkan tak brapa banyak.. tapi dorang tetap dalam ingatan kita.. yer laa.. air dicincang takkan putus, setiap orang akan ada alasan memasing. Yg masih relevan utk diterima pakai.

Aku buat ayat macam nie bukan apa, sekadar utk mengingatkan diri sendiri yg aku masih ada mereka. Dan sementara mereka masih ada, tugas aku utk menjaga dan melebihkan masa aku dengan mereka tapi.. ermm.. ntah la.. aku pun punya alasan sendiri kenapa aku tak brapa nak slalu dengan dorang. Sama gak cam korang kan? Cuma buatlah sesuatu yg korang takkan sesali setelah mereka tiada atau dalam erti kata lain, hargailah mereka sewaktu mereka masih ada.

Alfatihah dari aku utk seorang sabahat yg baru sahaja kehilangan ibunya Ahad lalu dan itu sedikit sebanyak menginsafkan diri aku dan kengkawan yg lain. utk kengkawan yg masih punya ibu bapa, luangkanlah sedikit masa utk mereka sementara mereka masih lagi belum pergi utk meninggalkan kita buat selamaNya.

I love you mak .. abah. tak lupa juga buat yg terchenta.. thanks sebab sudi hadir dalam hidup aku yg huru hara. Semoga apa yg kita rancang itu menjadi kenyataan.

Assalamualaikum...

Friday, June 12, 2009

Lagi2 wayang...

Aku minggu nie tak abes2 tgk wayang... tapi takper.. at least aku layan kepala dan tak kacau kehidupan orang lain. Life is all about do wut i want, for me la. Orang lain wa tatau. Aku jenis yg tak brapa kisah apa yg aku nak buat sebenarnya, so.. layan jer la kepala.

Suma latest movie aku dah tgk rasanya... kena tunggu net week utk Transformers. Tapi kali nie kena tgk ramai2 sebab macam ramai yg berminat utk menonton. Rabu aritu aku layan the Bloom Brother's, not bad la citer dia sebab buley melayan dan satu lagi citer fighting. Ok but not really ok. Malam tadi midnite melayan Drag me to hell tapi citer langsung tak menakutkan.. sekadar ada waktu ianya menjijikkan dan kelakar. Tak pernah aku tgk citer antu aku dok layan gelak jer melainkan tgk citer antu melayu. Tapi ada satu part yg buatkan aku terpanjat. Ampehh!!!

Tahun nie tinggal brapa bulan jer lagi, masa semakin suntuk dan macam2 perkara lagi aku nak kena buat. Come on man.. teruskan usaha. Jgn berhenti sekerat jalan jer.. Capai apa yg ngko nak capai.. Sekian.. tima kaseh :))

p/s : citer di atas hanya skati aku jer nak buat, takde kena mengena ngan sesapa pun, lu suka ke tak suka nak baca.. wa tak paksa beb :))

Tuesday, June 2, 2009

Jus Kurus... muahahahah

Terkini dari aku.. Semenjak aku brenti merokok, berat terkini yg aku capai adalah 110kg, sgt malu utk didedahkan.. tapi perlu juga diberitahu sekadar utk memberi semangat pada diri sendiri. Aku ingat dah berpuluh kali aku bagi semangat kat diri sendiri. Bukan makin turun tapi makin naik ada la.. berat dah dowhh..

Tapi takper, mulai hari nie aku sudah menyetatkan diri utk menerai satu produk yg aku sendiri panggil sebagai juskurus. Apa jenis produk aku takleh nak dedahkan buat masa nie sebab aku nak cuba sendiri keberkesanannya. Tapi aku rasa ada antara korang yg tau. Tapi tu la.. just wait n see bak kata omputeh. Bak kata orang melayu lak, tunggu dan lihat. Mungkin aku semakin senang hati kot sampai asyik nak makan jer, tapi tak jugak sebab aku nie jenis yg senang ati ke susah ati ke.. selera makan tetap jer ada miahahahha...

Ketepikan dulu soal tu, skang nie aku nak carik duit lebih jer. Tanak pk menda lain sangat tapi besok.. ari rabu, aku ingat nak pi KLCC utk menghabiskan sedikit sebanyak duit lam kocek utk buat aktiviti yg dah lama aku tak buat bersendirian. Movie marathon at TGV KLCC. Skali skala adalah bagus juga utk bersendirian melakukan aktiviti yg kita suka.

Aktiviti mengetam terpaksa ditangguh ke sedikit masa lagi walaupun aku gian. Sekian saja utk kali ini. Dan macam biasa, walau berat bertambah, walau perut membulat, walau masalah atau apa juga yg melanda diri kita, tak usah risau tak usah gentar tak usah pening kepala. Itu suma perkara perlu dalam hidup dan kita kena selesaikan dengan cara yg terbaik yg kita boleh buat. Teruskan tersenyum cause it's a nice day to be alive. :)

Monday, May 18, 2009

Latest of me...








Takder yg baru utk aku cerita sebenarnya.. setakat berusaha utk mengekalkan diri aku sejauh mungkin dari rokok. Aku dah benti.. totally benti. Quit. Cuma sangat risau dengan pertambahan mendadak berat badan. Tapi nak kata risau tu tak jugak sebab selera makan aku bertambah dengan mendadak jugak. Sangat risau.. tapi juga sangat lek lek cool rasanya...

2 minggu berturut2.. Setiap ahad. Pada 10 dan 17hb baru baru nie. Aku melepaskan hajat utk sesi mengetam aku kat muara ikan bakar. Seriyess dah lama aku ngidam nak makan ketam tapi kesampaian jugak hajat aku. Walau kena kuar bajet yg agak buley menahan la jugak utk menikmati panorama indah .. jugak menikmati ketam pedas yg tahap best gaban buat aku.

Actually.. menikmati suasana sedap dan kekenyangan selepas makan tu lebih menarik minat aku. Dengan angin laut.. dengan matahari yg terbenam.. aku sangat sker. Rilek jer rasa.. tanpa tekanan.. tanpa hingar bingar bunyi kenderaan. Tanpa wayang :)) aiseyy.. trasa cam banyak filem lak aku tertinggal.. dan utk kawan2 yg kat luar sana.. agak2 kalau korang nak buat sesi mengetam.. ajak la aku.. nafsu aku utk mengetam suda kembali menggila.. :)) sekian..

Monday, April 27, 2009

Be free and be maself..

Since last wednesday if im not mistaken.. aku da tak merokok. Diulangi.. aku dah kembali TIDAK merokok. Umur da meningkat bulan april nie.. walaupun da hampir sebulan berlalu..aku tetap juga nak wish diri sendiri, eppi belated besdei to meself :))


Suma ok this lately.. tader yg tak ok.. cuma semakin bz dan semakin membesar.. maklum la .. asap okok dah tak sumbat.. trus nak sumbat menda lain yg bleh mengepam diri sendiri :)) cuma kekadang tu tertanya dalam diri, akan tercapaikah apa yg aku targetkan tahun nie.. :) doa-doakanlah ek.. \m/

Friday, March 27, 2009

Tahniah...

First of all, congratulations to my best buddy.. mazrin aka ayen sebab dah dapat anak sulung perempuan yg manis yg dinamakan maya glita bt mazrin. Tahniah sangat2 buat anda bro sebab bergelar seorang bapa. Dan sedikit terharu dan terkilan sebab aku tak dapat nak berada disana utk sama2 menyambut kehadiran orang baru dalam family ngko. Ngko pepaham sendiri laa.. bajet tak brapa nak ada nak ke sana la bro.. tiket flight gi UK masih mahal lagi dowhh.. sen tak cukup :))

Dan satu lagi... percutian yg sangat best baru2 nie.. tapi gambar malas nak upload. At least dapat lepaskan sedikit gian aku pada laut. Rasa macam nak pergi lagi tapi tak tau bila sebab bulan 7 nie plan nak ke Penang plak. Dan buat rakan2 yg sama2 menjoinkan diri dengan percutian, thankss.. anda memang best and thanks jugak buat iezet yg dapat menjoinkan diri dengan kami. InsyaAllah.. ada masa dan ada lebihan rezeki .. kami akan kembali ke sana semula. :)

So.. lepas nie ada tugasan lain yg perlu diselesaikan, sebab 4 april nie akan berlangsung bowling tournament kat summit. Lama dah tak melontar bola bowling nih. Ntah boleh main ke idak nanti tak tau la.. bedal jer la.. menang kalah blakang citer sebab yg penting aku dapat jumpa kengkawan. tu jer..

Hari yg datang semakin indah.. huhuhu.. seperti yg sentiasa aku katakan dan tekankan kat blog aku. It's a nice day to be alive \m/ \m/

Sunday, March 15, 2009

Ahad yg Ujan..

Diri semakin malas... makan semakin banyak.. enjoy semakin lebih.. tidur semakin lewat.. tapi jiwa semakin tenang.. Next week aku akan tinggalkan KL utk 3..4 hari utk pergi bercuti. Bercuti kemana? tayah la tau.. tak penting pun dalam idup korang. Saja jer nak bercuti rehatkan diri sambil membelai jiwa yg semakin tenang :)

Bulan nie banyak abes masa dengan tgk wayang jer.. tak abes abes wayang.. tak abes2 wayang.. membazir btol.. tapi pantang kena ajak.. aku join jer.. kunun nak berjimat.. tapi godaan tak dapat ditahan dowhh.. :))

rasukan ablasa : filem melayu yg paling ampeh yg terpaksa aku tgk sebab da tader citer lain nak tgk, alasan tgk sebab malas nak balek jalan jem.. kejadah la filem skang nie pi amek orang yg tak gheti nak belakon, sangat menghampakan..


seven pounds : citer slow.. tapi ok laa.. ending dia best :D terharu sket


dragonball : sangat ampeh, tak menepati jangkaan aku sebagai orang yg menjadi penggemar pada karya manga dan anime akira toriyama.. budusnyer mat salleh wat citer dragonball lak

race to with mountain : buley la menahan.. biasak laa.. citer walt disneys kan.. waddaya expect? \m/

Minggu nie kena lupakan japs wayang.. mo bercuti.. mo standby apa2 yg patut dan yg tak patut.. smoga aku jumpa apa yg aku carik kat sana.. sekian.. doakan aku slamat pergi dan pulang :D sebab aku ingin lagi nikmati hidup yg indah ini.. :D

Monday, March 9, 2009

Isnin yg Ujan..

Aku tatau nak post apa.. cuma kekadang tu sekadar nak bercerita satu perkara.. atau berkongsi perkara..

Ada antara anda yg tinggal di flat atau di kawasan perumahan yg mana meletak kenderaan setiap kali balik dari kerja atau merayau merupakan satu masalah yg sangat menyemakkan kepala? Kena plak ada sesetengah sikap manusia nie .. jenis yg sker meletak kenderaan dorang ikut skati dorang, selfish .. arrogant.. plus bangang tahap dewa pun ada. Dah la blok kete orang lain pastu tarik handbrake lak.

Kelmarin aku kena situasi camtu.. tu pasal aku jarang nak parking area umah. Free jer kena bangangkan ngan aku pakcik nie.. rasa cam jahat lak. Tapi elok bagitau camtu.. biau sedar sikit.. soh letak otak kat kepala.. cara betul, jgn dok mlepakkan otak tu kat kepala lutut..

Sama gak macam sesetengah orang dalam malaysia skang nie. Bila cakap tak berfikir ikut sedap mulut. Suka flip flop.. macam rakyat malaysia nie takder pendidikan sangat. Dan kalau takder pendidikan pun bleh gak carik dari pengalaman di jalanan dan kita sebenarnya tak perlukan degree pun utk tentukan yg mana betul dan salah dalam negara kita nie.. adoi laa.. sengal tul malaysia kita skang nie..

khamis nie.. mau gi layan dragonball.. ada sesapa mau join? ada bran? contact aku disini :))

Tuesday, March 3, 2009

Kacau Bilau

Semakin celaru dan semakin keliru. Yg hak di nafikan yg merampas menguasai segala. Segalanya semakin memualkan.. Segalanya semakin memalukan. Kita dibutakan secara terbuka, kita diabaikan secara total. Sangat hampeh dan sangat menyedihkan.

Malaysia boleh.. kejadian heran bin ajaib segalanya boleh berlaku di malaysia. Terutamanya di perak saat ini. :(

Friday, February 20, 2009

Lagi lagi movie...

Antara movie yg aku dah tgk so far...

Ong Bak. Geng (upin dan ipin). The Curious case of Benjamin Button. House. BrideWars. Pink Panther. Changelin. The Punisher. Slumdog Millionaire. Underworld. Valkyrie. Dan.. errr.. apa lagi ek?

Tapi akan lebih banyak lagi menyusul dalam list. Cuma maleh nak masukkan lam sini sebab aku memang antu movie skang nie. Sesapa nak pi tgk movie, ajak jer la aku.. confirm aku akan join kalau citer tu aku blom tgk. Nampak gaya kena kumpul gang2 kaki wayang nih.. bleh gak layan tgk reramai :D


Buat yg blom menonton seperti cerita di atas.. disarankan menonton Underworld, Slumdog Millionaire, Upin ipin dan the Punisher. Tidak menghampakan :)

Selamat menonton :D

Sunday, February 15, 2009

Movie...

Satu perkara yg menarik yg kita dapat masa kita menonton, kita dapat menjelajah ke tempat2 yg kita tak pernah pergi, perkara2 yg tak pernah kita alami hanya dengan menghayati apa yg kita tonton.

Dan buat kaki2 wayang yg ada kat luar sana. Pasti setuju utk mengatakan upin dan ipin adalah hasil yg tidak menghampakan, keluaran Malaysia yg boleh dicop sebagai bagus. Tapi buat masa nie dan dalam tahun nie, bagi aku.. cerita yg sgt menarik yg aku tonton stakat nie, slumdog millionaire, berbaloi dengan sen yg aku belanja utk beli tiket, series dowhh... korang pergi la tgk. Layan giler..

Mungkin rabu nie, bersamaan 18 Februari.. aku nak layan kepala tgk movie kat KLCC. Movie marathon.. yg biasa aku buat dulu..3 citer dalam masa sehari. Changeling, the curious case of benjamin button ngan satu lagi citer.. aku tak ingat lak tajuk, tapi yg The Rock ada belakon tue.. blasah jer laa


So.. ada sesapa yg ada bran mo join aku? Start tgk movie kul 2 ptg.. mesti korang suma tgh kerja... muahahahaha

Tuesday, February 10, 2009

Berlibur..





Atas nie adalah gambar aku.. buat yg tak kenal aku.. so.. meh la berkenalan kalau nak, kalau tanak takper.. dulik ahh!! :))
Waktu kejadian bersamaan dengan 7hb feb. Bertempat di sg.gabai. Sangat memenatkan tapi sangat terhibur dan puas ati. Naik panjat ke atas jer dah turun 5kg berat aku dan aku sangat puas ati tapi bila turun jer.. berat naik balek 8 kg. Adehh.. takleh blah btol :)) sapa la yg rajin sangat bawak makanan ke atas tu... aekekekeke

Tapi apapun... tujuan berpiknik kat sg gabai tercapai suda.. sekadar berhibur bersama teman2 yg dikenali dan merapatkan lagi hubungan sesama kita. tu jer.. tader lain pun. Dan lepas nie aku ingat nak berehat sekejap dari aktiviti2 macam nie. Tapi tatau bleh ke idak.. saja jer nak senyap layan kepala balek sesorang macam dulu :)







Apapun... kita yg hidup nie kena la ceria2 kan diri kita. Sebab ada waktu kita akan merasa ceria dan nikmatilah keceriaan itu.. sampai waktu musibah menimpa.. dan bersedialah kita utk hari itu.. Tapi macam biasa.. teruskan jer life sebab.. maleh aa nak cakap sebab dia, korang pun tau apa yg akan aku taip.

It's a nice day to be alive.. aaahhhhhhhhhhhhh.. nyamannya.. :)

Monday, February 2, 2009

Februari..

Aku baru selesai dari terbabit dalam satu majlis anjuran satu komuniti internet. Selesai suda.. actually aku bukan buat apa pun.. skadar menumpang kaki dan membuat apa yg patut, dan alhamdulillah selesai suda event dan berjalan dengan lancar. Agak normal dan tipikal andai ada sedikit kecacatan dan kekurangan disebabkan comittee yg terlibat terdiri dari amatur yg masih lagi boleh dipupuk akan kebolehan memasing.

Rambut suda kembali pendek, perut suda kembali besar, asyik makan sambil ketawa mengekek, sampai bila pun perut takkan kurang dari besar. So..perjalanan dan pertarungan dengan diri sendiri kini bermula. Satu cabaran buat diri sendiri.. Aku kini berkapasiti 105kg. Berat yg paling tinggi pernah aku capai sepanjang hidup aku. Cabaran utk diri sendiri bermula dari 1feb. Adakah akan tercapai? atau sekadar angan belaka.. kita nantikan. Sedikit sebanyak dalam bulan 2 nie atau penghujung bulan 3 akan berkurangan sedikit sebanyak. Harap ada yg menyokong dari belakang. Kesihatan pun tak brapa menentu semenjak dua menjak nie. Harap2 .. dan kalau boleh .. ada yg bleh menegah aku dari merokok.. yg boleh membuatkan aku berhenti merokok. Paru2 pun aku rasa cam dah tak dapat nak tampung akan kapasiti asap yg menyekat pembuluh darah yg semakin tersekat.

Tapi walau apa jua yg terjadi, walau apa jua yg orang kata, dan apa juga pandangan orang pada aku. Ada yg aku terima dan ada yg aku tak ambil peduli sebab aku sentiasa menjadi diri sendiri. Dan tetap juga akan tersenyum sebab aku adalah aku dan bukan orang lain yg boleh menjadi aku. Dan sebab itu aku akan tetap saja tersenyum disebabkan prinsip yg aku pakai. Smile cause it's a nice day to be alive :)

Assalamualaikum..

p/s : ada sesapa yg nak temankan aku layan citer Ong Bak?? \m/

Thursday, January 22, 2009

Commercial Break Part tak ingat yg keberapa dah.. nanti aku check ..

Skadar melayan lagu yg aku pernah layan dedulu.. waktu.. huhuhu.. takleh nak citer detail, sebab zaman nie zaman aku remaja.. tak hingat nyer zaman.. zaman di mana aku berada dalam sisi gelapku.. :)





I guess i never wanted this
Another ‘ever after’ kiss… Oh
Operator, the line is dead
Oh no, it’s only me and all the walls inside my head

And for the record I was lost
With only one road I could never cross
And that’s the road that takes me here
Oh no, not again
This is where it started

I need you, I’m for you
You threw me, I caught you
Don’t leave me and say that you want to find a way back
Believe me, I followed all you said… Oh
Operator, the line is dead

How come you never look away
Everybody bought but I paid
You’re not the one who left me here
Oh no, that was me and all the things I wanted

But now I find you different
You broke up all the walls in my head
Please don’t go, let me

Need you, I want you
You know that I found you
Don’t leave me and say that you want to find a way back
Believe me, I followed all you said… Oh
Operator, the line is dead

I guess i never wanted this
Another ‘ever after’ kiss… Oh
Operator, the line is dead
Oh no, it’s only me and all the walls inside my head

I need you, I’m for you
You threw me, I caught you
Don’t leave me and say that you want to find a way back
Believe me, I followed all you said… Oh
Operator, the line is dead

I need you, I’m for you (All you’ve said)
You threw me, I caught you (All you’ve said)
Don’t leave me and say that you want
to find a way back (All you said)
Believe me, I followed all you said… Oh
Operator, the line is dead


So ... njoy n just remember.. it's a nice day to be alive.. :)

Thursday, January 15, 2009

Fikir....




Aku tatau.. aku salah memandang atau apa.. tapi gambar nie aku amek kat mines..
Cuba korang tgk.. Gentle or gentel communication yg dia nak letak nie sebenarnya.. ??

muahahaha.. adehh.. aku gelak sesorang tgk iklan nih :D

hav a nice day everyone.. \m/

Monday, January 12, 2009

Stewpid!!

Orang kata.. yg kita nak slalu tak dapat.. tapi yg kita tanak mudah jer kita dapat. Tapi yg kita tak dapat tu la yg kita slalunya nak. Satu Kebudusan...

Kita kata orang budus sedangkan orang yg kita katakan budus itu lebih tau apa yg dia buat dalam hidup sedangkan kita sendiri hanya mampu melihat tanpa berbuat apa apa. Dua kebudusan....

Orang kata mat rempit ganggu jalan raya.. tapi tak semua yg bawak moto itu mat rempit tapi sebab sistem kita buatkan ramai rakyat kita selesa jadik camtu.. So.. biarkan je dorang.. lantak dorang nak buat apa.. maka jadi Tiga Kebudusan

Takder keje.. layan surfing dari blog ke blog.. tatau nak buat apa.. baca lak entry budus nih.. memang sangat membuang masa.. satu lagi kebudusan yg ke empat..

Yg buat entry .. memang tgh sangap tader keje.. skati skati nak buduskan orang.. takder la aku sampai nak kategorikan diri aku budus gak.. :))

Tapi kesimpulan yg aku dapat dalam dunia sekarang nie.. makin ramai yg gila dan makin ramai yg stewpid..

Tapi yg penting.. satu jer.. aku benci yahudi.. kalau aku jumpa dorang kat kl nie aku rejam je dorang.. memang lahanat sungguh mereka mereka itu..

sekian saja entry pertama aku di tahun 2009.. :D jgn baca kalau tak suka.. aku tader idea la budussss :))

Friday, January 2, 2009

Hepi Nu Year...

2009 disambut suda, 2008 boleh pigi daaa.. manusia skang nie berazam tak suda suda.. tapi hasilnya manjang takda.

Malam nu year ramai dok merayau saje, sebab memasing tgh cuti dari keje, aku kat rumah dok termenung saje, sebab time orang cuti time tu la aku kena keje.

Aktiviti 2008 merayau tak hingat punya, sampai aku trasa macam terkena demam chikugunya, sampai sawan la jugak sekejap aku dibuatnya, tapi yg merasa sakit di badan of course la diri yg empunya.

Tahun 2009 nie aku berniat cuma, takder masa nak berazam2 macam orang lain suma, sebab kalau berazam suma orang jadi cam sama, sebab aku pun dah rasa cam aku nie dah jadi orang lama...

Apapun tahun2 itu tetap juga berlalu, walaupun segalanya pasti tak sama macam dulu, ada masa prangai sesetengah orang buat aku berbulu, tapi aku buat tak endah.. biarkan jer bagai angin yg berlalu.

Semoga tahun yg baru beri kebaikan pada kita, jgn la pk sangat nak kumpul duit berjuta, cukup la dengan amalan yg dijadikan harta, jgn la kerana harta kita menjadi buta.

Sekian je repekan tahun baru aku, aku dah tatau nak taip apa lagi yg telah berlaku, jgn kekerek sangat korang..tak pasal jer kena luku, baik dok umah dendiam kita membaca buku. :)) :))

apapun.. sentiasa ingat.. tak kira tahun tak kira bulan tak kira hari dan tak kira setiap detik yg ada.. it's a nice day to be alive :d \m/

Assalamualaikum