Tuesday, November 23, 2010

i hate it..

sebulan suda selepas aku register dan membayar rm85. sampai la nie tak pasang2 lagik..

satu jer aku nak update kat blog aku nie.

TMPoint suckssssssss!!!!! 

Monday, October 25, 2010

............

Sangat bersawang seolah olah dah lama tersadai, yg empunya blog nak update pun dah tak pandai pandai, asyik reti dok melepak kat kedai, nak buat satu haper keje pun dah tak pandai.

 La nie.. life sedikit bosan, bini ada kat umah bukannya aku tak pasan, tapi saja jer dok ushar barang perhiasan, sambil terbaring bermalas malasan.

Aku sebenarnya taktau nak tulis apa, lagipun aku sedar diri aku nie siapa, on9 dan update ini pun bukannya apa apa, tapi sekadar melihat teman teman yg datang menyapa.

Melepak di mapley sambil on9 bersahaja, tapi memang tgh takder apa kerja,  ada 4 krusi dan satu meja, tapi aku dok sorang2 sahaja.

Buat rakan2.. semoga kalian bertambah sihat.. dimurahkan rezeki dan dalam keadaan baik2 sahaja. Aku rindukan kalian.. Assalamualaikum. 

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Dalam gurauan ada sindiran..
Jangan ada yg membawa diri..
Bersama kita menyambut lebaran..
Bergembira bersama di Aidilfitri..

Selamat hari raya Aidilfitri dari saya dan isteri buat rakan2 yg sentiasa dihati dan sentiasa dalam kenangan. Maafkan kami akan kekhilafan kami kerana sebagai manusia biasa, kita semua tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Salam dihulur maaf dipinta. Tangan disusun tersimpul rapi. Ku pohon kemaafan yg berjuta. Jgn disimpan didalam hati.

Sedih meninggalkan ramadhan dan semoga dapat kita berjumpa lagi dengannya di tahun akan datang. Semoga Allah memberi rezeki buat kita utk sekali lagi mengharunginya.

Ahhh.. seriously, it's a nice day to be alive..

Sunday, September 5, 2010

Commercial


Harap dorang makin bagus season nie..

Monday, August 30, 2010

Kadangkala..

Kadangkala..
Aku selalu meninggalkannya sendirian...
Kadangkala..
Aku rasakan aku masih aku yg dulu...
Kadangkala..
Aku merasa janggal dengan situasi yg baru...
Kadangkala..
Aku rasa aku juga mengabaikan diriku.

Ada ketikanya..
Aku seolah mengabaikan tanggungjawabku...
Ada ketikanya..
Aku menjadi terlalu bertanggungjawab...
Ada ketikanya..
Aku mahukan suasana yg dulu...
Ada ketikanya..
Aku akui aku punya dunia yg baru...

Tapi itu cuma kadangkala, yg bisa terjadi cuma bila bila, seperti lepak mapley pekena teh O dan mamak terlupa nak taruk gula, asam garam hidup yg takkan membuatkan kita jadi gila, sebab ini kenyataan hidup yg perlu kita hadapi sampai bila bila, jangan jadikan kesukaran hidup ini sebagai alasan pula, sebab itu digalakkan melakukan perkara yg wajib padaNya pula, kelak nanti besar ganjaran dan pahala, dan sahabat2ku sekalian bagaimana pula? sila la bertindak mengikut akal di kepala, sebab hidup ini sebenarnya indah cuma kadangkala agak gila gila :)

Monday, August 16, 2010

Ramadhan..

Hadirmu buatkan ku tersenyum dalam terharu...
Sapaanmu pasti menitiskan air mataku...
Setahun sebulan cuma kita bertemu...
Sangat tidak rela melihatmu pergi meninggalkanku..

Padamu ya Allah..
Ku memohon ampun..
Padamu ya Allah..
Ku pohon perlindungan..
Padamu ya Allah..
Ku sujudkan syukurku.
Padamu ya Allah...
Ku berserah atas segala galanya..

Kata pujangga.. iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.  Dan kerana kata2 itu..sesungguhnya aku merasa sangat rugi. Rugi kerana tidak sepenuhnya mempergunakan masa yg terluang dan masa yg ada utk menuntut dengan orang yg hanya berada depan mata. Orang yg bilamana aku berjumaat, sangat syahdu mendengar bacaannya tatkala membacakan kalimah kalimah Allah. Orang yg bilamana aku lihat keadaannya sekarang ini hampir mampu membuatkan aku menitiskan air mata. Semoga Allah berikan kesihatan padanya. Amin..

Monday, August 9, 2010

Alhamdulillah..

Seminggu sudah berlalu.. namun kemanisannya masih terasa. Walaupun diusia yg agak lewat, syukur segalanya selesai dengan baik. Mohon maaf andai ada yg terkurang dah tersilap. Dan juga terima kasih yg sangat tidak terhingga pada rakan dan sahabat, baik di dunia nyata mahupun di dunia maya. Tanggungjawab suda semakin besar, agak sama besar dengan saiz badan aku skang nie. Dan perjalanan hidup baru ini diteruskan sebab aku akan sentiasa kata, it's a nice day to be alive :d

Tuesday, July 27, 2010

....

Langkahan itu semakin hampir. Debar itu sedikit terasa. Ku selesaikan satu persatu agar tenang rasa di jiwa.

Ku kambus lobang lobang yg kecil yg banyak berselerakan, yg tak terkira jumlahnya. Lalu ku gali hanya satu lobang, yg sangat besar dan perlu mengambil masa yg agak lama utk ku kambusnya kembali. Namun jiwa sedikit tenang kerna tiada lagi perlu utk ku memikirkan sebegitu banyak lobang.

ku pinjam satu nyawa. yg sangat tak ternilai budinya. aku...sangat terharu. Semoga Allah melimpahkan kurnia buatmu..

Wednesday, June 16, 2010

Huru hara

sori lama tak update.. tatau nak update apa.. just nak bagitau.. sket ari lagi aku nak tempuh detik bahgia yg sepatutnya aku dah tempuh 10 tahun yg lepas... :|

Cuma sekarang nie aku cam huru hara sket kehidupan aku.. tatau nak cakap camner. bagi aku stabilkan diri dulu... baru aku akan update balek..

Sunday, May 30, 2010

......

Singgah jap.. sekadar membersihkan habuk yg bersawang disini. Kehidupan agak membosankan, tiada yg menarik utk diceritakan.. tapi ada la road trip yg agak ok.. ke penang.. sg petani.. kuala kedah.. langkawi.. back to penang.. and bla bla bla.
Cuma yg best bagi aku.. makan.. makan.. makan dan makan.

Dan oh ya.. aku sekarang nie menghitung hari. 61 hari jer lagi dan buat sesapa yg kenal aku nanti.. dijemput la yer, nak edar kad.. rasa cam awal lagik.. tunggu la nanti dah tinggal 14 hari lagik.. mungkin akan aku edar. Doakan kami. Doakan segalanya bakal berjalan dengan lancar.

Tetiba .. aku ngidam ketam kat muara port klang.. :|

Tuesday, April 13, 2010

Sudah masanya..

Sudah masanya utk melakukan apa yg dikatakan oleh omputeh sebagai walk the talk.
Sudah masanya berlalu utk sementara meninggalkan segala yg ada.
Sudah masanya utk melihat lebih jauh ke hadapan dan berdepan segala risiko.
Sudah masanya aku utk melangkah lebih sedikit kehadapan.
Sudah masanya aku membuang perasaan sayu yg tiba2 hadir.

Dan sudah masanya aku mengucapkan pada yg berkenaan, u've already done ur job bro, now it's our turn. Thank u very much for the opportunity that u hav given to us. Payback time is just around the ccrner. Still new n still fresh. Let us walk together..

And this is all about life and about wut a nice day to be alive.. and this is me. :) till then, take care my fren wherever u are.

Monday, April 5, 2010

la la la la la

1st April aritu.. umurku menganjak setahun lagi.. makin tua dah. Dan tak lama lagi, aku nak blah dari KL. Doakan aku kengkawan, semoga terus tabah.. terus ceria dan terus tersenyum.. Aku sekarang ini sekadar menghitung hari.. selamat tinggal kawan.. kalian sentiasa saja di hati.

Monday, March 29, 2010

waiting...

sori cause u've got nothing to read, cause ah am still waiting for another breaking point to happen. so.. ah just stay in silent. Do wut do ah hav to do, say wut do ah hav to say, dats all.

and sorry oso cause this lately ah am wasting too much time on zynga poker in facebook. but doesn't mean ah am abandoning(tul ker word nie?) all me fren. u guy's rawks and always in ma heart fren. and u know who u are. no need to mention any name here cause u already know.

till then, keep on smilin faces and keep on walking. cause life is a long journey. and the end of this journey is when we stop breathing. U still breathing? then.. it's always a nice day to be alive. am ah rite?

Saturday, March 13, 2010

bercuti..

masa utk bercuti, last friday..dinner kat VS.. thanks for a nice dinner friend. You know who u are. Semalam.. pi kenduri kawen kat felda sg behrang, dan malam nie..mo naik bas gi kuala terengganu sampai khamis. Mahu bercuti sambil berjumpa kengkawan lama. Doakan aku slamat pergi dan balek. Al maklumlah, tak pernah naik bas gi jejauh nie. Bas double decker lak tue :| :|

Jumaat, kalau ada duit lebih mau buat pasport, sabtu dan ahad ada kursus. Harap cuti kali nie semuanya terisi dengan perkara berpekdah utk diri aku. ahhh.. it's a nice day to be alive..

Tuesday, March 9, 2010

Ctrl Alt Del

idup ini banyak tekanan, walaupun kita bedal banyak makanan, tapi ada masanya kita kempunan, sampaikan dunia ini kita jadikan pentas lakonan.

aku makin tak tahan menunggu, membilang detik dari hari ke minggu, melayan tekanan dengan mendengar lagu, yg akhirnya sekadar buatkan aku termanggu.

Bisu aku dalam membicarakan detik waktu itu, kabur aku dalam melihat samarnya kehidupan itu, pekak aku dalam mendengar suara dari masa hadapan itu, andai perlu dibantu...mungkin akulah orang itu.

Andai dapat ku tekan Ctrl Alt Del permasalahan dalam kepalaku, alangkah bagusnya..

Friday, February 26, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Masai...

Apabila masai itu melanda diri..
Aku termenung jer sendiri sendiri..
Ari2 keje aku pun kena berdiri..
Lepas tu main snooker pun berdiri..

Apabila masai itu melanda diri..
Aku bedal roti canai mamak kuah kari..
Tapi bangla dok seblah bau hangit tak terperi..
Nak jer aku blah trus berlari..

Apabila masai itu melanda diri..
ermm..apabila masai itu melanda diri.. :| :|
I just stay in silent..

Thursday, February 18, 2010

Wednesday, February 17, 2010

AAAaaaAAAaaaAAAaa

Nothing much to say anyway, ada masanya kita rasa teruja hidup dalam tekanan. Lebih2 lagi bila kita dapat selesaikan apa yg buatkan kita dalam tekanan tue. Tapi kekadang kalau terlebih sangat tekanan dan terlalu sangat kita fikirkan, bleh semak dan masai jadiknya.

Pejam celik pejam celik, dah bulan 2. Iskk.. apa lak pejam celik pejam celik, asyik sama jer ayat. tukar japs..
Makan tdo makan tdo.. tup tup dah bulan 2. Tinggal lagik 10 bulan jer. Sempatkah aku? Takpe, aku nie jenis manusia yg macam kawan aku cakap, yakin 200%. Betul ker? Ahh.. tatau la, tgk la camner nanti.

True love waits - Radiohead <-- lagu tgh layan skarang.

Saturday, February 6, 2010

Saturday Night..

Nah.. it just another saturday nite.
Feels like i need some herbs n spices, so i can feel nices. *weng* *weng*

Gudnite mate..

Friday, February 5, 2010

Commercial Break part yg ke ntah.. maleh nak ushar balek.



Creep by Radiohead.
Good old days, starting to listening this song since i was 16 if im not mistaken. And it is still so damn bloody good to listen it again n again.

Aku Bangga.

Menjadi rakyat malaysia itu mandatori. Sebab kita lahir kat sini. Mati kena lenyek ngan lori itu pulak satu tragedi. Itu dipanggil langgar lari. Tapi tgk pada suratkhabar kat malaysia nie pulak, itu satu lawak yg bleh kita baca dan tgk hari2.

Aku BANGGA jadi rakyat Malaysia.

Membuat tuduhan tanpa bukti yg kukuh, itu fitnah namanya. Tapi kat Malaysia.. ari2 berlaku pun takder hal punya. Sebab negara nie mak bapak dorang yg punya. Buat la jahat dan keji camner sekalipun, takkan dorang nak risau punya. Tapi kita sebagai rakyat..patut tau dan alert akan tanggungjawab dan hak yg kita punya.

Aku BANGGA jadi rakyat Malaysia.

Satu dunia gelakkan negara kita. Kita yg jadi rakyat nie plak takkan la nak terusan memandang sebelah mata? Apa lagi yg mampu kita buat selain dari berkata kata? Nak membantu yg terdaya, aku juga insan yg tak punya banyak harta. Abes la duit rakyat makin banyak dorang sapu ratus ribu juta juta.

Aku BANGGA jadi rakyat Malaysia.

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, pernahkah kalian mengundi utk menentukan hak yg perlu kita jaga?
Anda mampu mengubahnya. Daftarlah diri anda utk satu perubahan. Bukan utk kita, tapi utk generasi masa depan kita.

p/s : Aku masih tak cukup berani utk berada dalam perjuangan yg macam nie. Tapi aku buat apa yg aku perlu buat sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang rakyat malaysia. Teringat lirik lagu radiohead - No surprise "the government.. they dont, they dont speak for us" Di Malaysia.. there is no alarm and no surprise.. we just need to be alert. Sekian.

Monday, February 1, 2010

Simbolika...



Epic...

le le le le le le..

Kadangkala, kita sendirian..kadangkala kita berteman. Termenung... terkaku seharian, umpama layunya sekuntum di taman. Yg akhirnya ilang ditelan zaman.

Hari yg panjang hari yg sunyi. Kudengar titisan hujan tatkala si camar menyanyi. Lalu mataku pejam ku dengar bunyi. Yang kurasa cuma kosong dan sunyi.

Maafkan aku teman, maafkan aku rakan. Kesilapan terjadi disebabkan yg bukan2. Andai ada yg keruh marilah kita jernihkan. Janganlah sampai sesiapa dipinggirkan.

Sekian dulu ngomelan aku. Yang sudah itu anggaplah tak pernah berlaku. Marilah kita sama2 dok pakat tutup buku. Sebab akhirnya sahabat dan rakan itu tetap juga kalian2 dan juga aku.

p/s : ah am a bit moody for this few days. It's a nice day to be alive but still, miserable sumtimes. Hav a nice day me fren.

Sunday, January 24, 2010

lo lo lo lo lo....

Semalam.. sentuhan terakhir, dengan harapan berhenti selamanya. Hari ini..sedikit sentuhan menjadikan semakin sukar utk berhenti.

Mamai, pening, menggigil dan otak dipenuhi pemikiran yg penuh dengan candu. Badan tidak mendapat sumber nikotin menjadikan aku beraksi bagai orang yg tak keruan. Duduk sebentar, pau sebatang.. tarik dalam2. argghhh... stimmm..

Niat dah betul, tapi will power tak cukup kuat. Dah berkali cuba benti smoking, tapi kali nie dengan niat "sahaja aku benti mokok kerana kesihatan diri dan utk generasi aku yg akan datang".

Nikotin kalau dah ari3 masuk dalam badan. Kita stop mengejut tapi *daya gila* tak cukup kuat. Susah beb.. aku kena tetapkan diri balek.

*daya gila* = sumber kuasa cam katun soul eater tue.

Kengkawan.. doakan gua beb. Sesambil utk kesihatan diri aku dan jugak utk generasi aku yg akan datang, errr.. aku nak kawen beb. Kena berjimat muahahahahhaha....

Saturday, January 23, 2010

la la la la la...

kadang2 aku sampai tatau nak buat tajuk apa kat blog nie, sudahnya.. skati mak pak aku jer aku nak taruk tajuk apa. Blasah jer laa.. bukan ada yg peduli pun kan? Tak masuk dalam silibus penulisan blog pun.. :))

Lain orang lain cara, lain dia punya entry. Hak masing2, itu baru dunia tanpa sempadan. Kalau asek peduli apa orang lain nak kata, tak tahan dengan kritikan, tutup jer blog atau tanak diganggu dan tak mahu benarkan orang lain baca, jadikan ianya privasi. Tak susah.

Aku cuma menunggu sampai waktu aku sampai. Waktu yg aku panggil my breaking point. my 2nd breaking point anyway. Am i ready enuff? i think so. Semoga perancangan menjadi. I just get meself ready. Tahun ini sepatutnya menjadi tahun memulun, apa itu memulun? Memulun itu diambil dari perkataan pulun yg telah dijadikan frasa bahsa yg aku memandai dan sker sker nak buat. Sorry.. ayat nie tak masuk spm, so.. tayah nak peduli. Yg aku tau.. aku sentiasa jadik diri aku. Hav a nice weekend me fren.. :D

Thursday, January 21, 2010

part part part...

Kejanggalan, dan ianya berlaku bila ada sedang menghadiri satu ceramah. Hanya anda yg berumur awal 30-an dan yg lainnya adalah lepasan SPM. Melihat telatah mereka yg kadangkala menjengkelkan, skadar mengingatkan diri sewaktu di usia tersebut.

Sudahnya, aku berlagak lek lek cool. Kunun2 cool tapi rasa cam poyo plak. Last2 main game lam hp, sebab tatau nak ajak sapa borak. Skadar mata melihat pada gadis2 sunti lepasan spm yg kadangkala nampak pergghh!!!!. Maaf, aku cuma sedar aku masih lagi seorang lelaki biasa.

Tuesday, January 12, 2010

..... part 4

Slow, minggu nie sangat slow. Slow yg kadang2 tak brapa menyelesakan. Termenung terdiam sejenak. Tapi itulah hakikat kehidupan. Tak selamanya berlari kencang. Kadangkala perlu berjalan laju atau juga berhenti rehat sebentar.

Aku, sekadar mampu terus tersenyum. Terus saja melemparkan senyuman ini pada sesiapa sahaja. Semoga mereka yg terlihat senyuman ini akan mampu juga terus tersenyum. Nikmatilah kehidupan, tak kira ianya slow.. laju atau sedang sedang sahaja.

Sunday, January 10, 2010

.... part 3

Kadang2 apa yg kita rancang tak selalunya menjadi seperti apa yg kita impikan. Dan kadangkala apa yg kita impikan selalunya akan terjadi sesuatu di luar dugaan kita. Sebab itu ada ayat "xpect the unexpected".

Yg perlu ada, cuma kita..utk bersedia menerima segala macam jangkaan yg tidak dijangkakan. sebab tidak semestinya 1 + 1 itu akan menjadi dua. Tapi lebih kepada 2 + 2 = 5. Anda faham? Tak faham abaikan jer. Teruskan jer dengan life anda. :D

Tuesday, January 5, 2010

Aku..

Hidup...kadangkala diatas kadangkala di bawah. Beringat merupakan cara terbaik, tapi manusia ini mudah lupa dan sering buat silap. Terlalai atau tertangguh juga keserabutan fikiran hanya kerana perkara kecil dan remeh temeh.

Kita dimana? Kita siapa? Dan apa tujuan kita? Siapa rakan kita? Siapa sahabat kita? Yang perlu ada utk menegur samada secara halus atau secara terus. Hidup ini singkat, rakan dan sahabat itu datang dan pergi dalam pelbagai cara yg tersendiri. Kehidupan tidak selamanya bersama.

Aku... cuma seorang lelaki dan sebagai seorang lelaki, aku hanya melakukan perkara yg sepatutnya aku lakukan.. Sekian. Sekadar peringatan buat diri aku sendiri sebagai seorang lelaki.

Sunday, January 3, 2010

Kisah 2 hari.

Abis kerja jam 12, jam 3.30 ke pkns s.alam, kemudian melayan tongtam di muara jam 6, menonton movie vampire assistant di alamanda jam 9.30, mlepak bersama kawan di mamak kembar putrajaya sehingga hampir jam 2 selepas abes menonton. Terus ke Kolam Air Panas Bentong dan sampai disana jam 4pg, kemudian ke Genting Highlands melepak sebentar, sambil melayan kesejukan setelah bermandi manda di kolam air panas yg tak brapa panas. Jam 6pg bergegas pulang dan sampai di rumah jam 6.45pg. Trus buat kerja dan bukak kedai jam 7.15. Abis kerja jam 12tgh ari. Terus ke kenduri kahwin selepas mandi manda di rumah jam 12.30. Jam 1.45 on9.. jam 3.30ptg tdo. Jam 11 mlm terjaga. On9 jap then kul 1pg tdo.

Sekian saja .. citer saya utk kisah 2 hari saya. Wooww!!! Moral of the story, lain kali aku tanak pakai jam. :))