Tuesday, July 7, 2009

gath penang..

Well .. takder nak update apa2 actually.. Just nak kongsi keseronokan bersama kengkawan. Lama tak pi penang, skali skala pi pastu join extreme race ala ala xplorace kira cam syok jugak la.. Maklum la.. lama tak lepak tepi pantai :D

Actually aku amek cuti semata-mata nak berjalan, asyik dok keje je..bukan leh kaya pun. Tapi sekadar tanggungjawab. Tapi aritu amek cuti 4 ari sekaligus, layan kepala ngan kengkawan. Skali skala join komuniti internet nie bergathering pun ok gak, lagipun dah lama tak join kan? Sori buat kengkawan yg mengirim ole-ole. Bajet tak brapa nak ada. Banyak nak guna huhuhu.. sabau la ek. Sesikit tu ada laa :)

Aku nak citer apa pun.. cam aku tak brapa pandai nak citer. Apapun tahniah buat para penganjur dan ajk yg bertungkus lumus menjayakan Mini Gath Penang nie. Salute korang sampaikan tuan director kena panggilan hangit sehari seblom gath berlangsung. Dan buat someone, aku mintak maaf sebab tak dapat banyak meluangkan masa bersama anda. Faham2 la kalau dah ramai2 jumpa kengkawan.. tak brapa elok nak berkepit jer :P lagipun.. masa kita masih panjang. Cause it's a nice day to be alive. :)



nie gambar aku ngan kumpulan 6 aku. Rangkaian 88.. :)) apa punya nama kumpulan da.. blasah jer :))





nie plak gambar aku ngan salah satu karakter kegemaran aku masa task dalam toy museum, tak puas beb ushar figure kat dalam tu.. geram jer :D

dah la.. tu jer.. papaii \m/

Thursday, July 2, 2009

Takziah....

beat it!!!! beat it!!! ... tu jer la yg aku slalu laungkan masa aku kekecik dulu. Sampaikan ada stengah orang tukar jadik Bidin!!!! Bidin!!!!... dan aritu.. tetiba aku cam terharu tetiba.. masa aku dok layan on9 sesorang lam kedai aku. Hebat dan gah di pentas dengan tarian yg sangat menghiburkan, perfomance superb, lagu2 yg sangat melayan. Tapi.. it's all over.. King of Pop is dead :-s

Takziah buat MJ yg sangat terkenal kerana lagu dan tarian beliau selain terkenal dengan kebodohan membuat pembedahan plastik tanpa menyedari orang menghargai bakat beliau dan bukan rupa beliau. Sadis.. Tapi wa sangat sker tgk tarian lu MJ.

Transformers, satu citer yg korang menyesal kalau korang tak tgk, dalam jangkaan dan tak rugi keluarkan rm10 utk durasi selama 2jam stengah. Buley menahan dan sangat stim ini crita muahahahaha...

Malam nie, aku nak berangkat ke Penang, dok sana selama 3 hari sebab aku nak join xplorace. Tetap jugak nak join walaupun badan tak fitt sebab mahu bersama kengkawan dan lagipun aku tak pernah merayau sesangat kat penang tue. So, seblom apa apa terjadi kat aku, aku mintak maaf kat kengkawan yg aku pernah buat salah ke apa ker, mana la tau... perjalanan aku tak direstui dan aku selamat pergi tapi tak selamat balek, just doakan la aku selamat pergi dan balek sebagai kawan korang. Sebab bukan senang utk mencari kawan dalam zaman yg penuh .. errr.. penuh apa ek? Pepandai la korang taruk sendiri.. tapi apapun, teruskan tersenyum pada sesiapa sahaja cause it's a nice day to be alive \m/ peace \m/

Monday, June 15, 2009

..........................

I feel good cause i have you father. Tu kata2 yg aku tgk tadik kat ntv7 tapi cambest lak ayat dia tue. Kena lak nak dekat dengan father's day yg aku sendiri tak brapa nak amek tau brapa aribulan. Sebab bagi aku, father's day suppose to be everyday. Camtu la jugak dengan mother's day.

Bila kita dewasa.. ada masa kita tak brapa nak ingat atau tak ambil peduli apa yg parent kita dah buat utk kita. Kita ada bf/gf so.. kita lebihkan jer masa kita dengan dorang sampaikan masa yg kita luangkan utk parent kita macam tak brapa nak ada. Pernahkan kita fikirkan atau kira jam atau masa yg kita luangkan bersama kengkawan berbanding masa yg kita luangkan utk parent kita? Atau adek bradik kita? Tapi orang kata walaupun masa yg kita luangkan tak brapa banyak.. tapi dorang tetap dalam ingatan kita.. yer laa.. air dicincang takkan putus, setiap orang akan ada alasan memasing. Yg masih relevan utk diterima pakai.

Aku buat ayat macam nie bukan apa, sekadar utk mengingatkan diri sendiri yg aku masih ada mereka. Dan sementara mereka masih ada, tugas aku utk menjaga dan melebihkan masa aku dengan mereka tapi.. ermm.. ntah la.. aku pun punya alasan sendiri kenapa aku tak brapa nak slalu dengan dorang. Sama gak cam korang kan? Cuma buatlah sesuatu yg korang takkan sesali setelah mereka tiada atau dalam erti kata lain, hargailah mereka sewaktu mereka masih ada.

Alfatihah dari aku utk seorang sabahat yg baru sahaja kehilangan ibunya Ahad lalu dan itu sedikit sebanyak menginsafkan diri aku dan kengkawan yg lain. utk kengkawan yg masih punya ibu bapa, luangkanlah sedikit masa utk mereka sementara mereka masih lagi belum pergi utk meninggalkan kita buat selamaNya.

I love you mak .. abah. tak lupa juga buat yg terchenta.. thanks sebab sudi hadir dalam hidup aku yg huru hara. Semoga apa yg kita rancang itu menjadi kenyataan.

Assalamualaikum...

Friday, June 12, 2009

Lagi2 wayang...

Aku minggu nie tak abes2 tgk wayang... tapi takper.. at least aku layan kepala dan tak kacau kehidupan orang lain. Life is all about do wut i want, for me la. Orang lain wa tatau. Aku jenis yg tak brapa kisah apa yg aku nak buat sebenarnya, so.. layan jer la kepala.

Suma latest movie aku dah tgk rasanya... kena tunggu net week utk Transformers. Tapi kali nie kena tgk ramai2 sebab macam ramai yg berminat utk menonton. Rabu aritu aku layan the Bloom Brother's, not bad la citer dia sebab buley melayan dan satu lagi citer fighting. Ok but not really ok. Malam tadi midnite melayan Drag me to hell tapi citer langsung tak menakutkan.. sekadar ada waktu ianya menjijikkan dan kelakar. Tak pernah aku tgk citer antu aku dok layan gelak jer melainkan tgk citer antu melayu. Tapi ada satu part yg buatkan aku terpanjat. Ampehh!!!

Tahun nie tinggal brapa bulan jer lagi, masa semakin suntuk dan macam2 perkara lagi aku nak kena buat. Come on man.. teruskan usaha. Jgn berhenti sekerat jalan jer.. Capai apa yg ngko nak capai.. Sekian.. tima kaseh :))

p/s : citer di atas hanya skati aku jer nak buat, takde kena mengena ngan sesapa pun, lu suka ke tak suka nak baca.. wa tak paksa beb :))

Tuesday, June 2, 2009

Jus Kurus... muahahahah

Terkini dari aku.. Semenjak aku brenti merokok, berat terkini yg aku capai adalah 110kg, sgt malu utk didedahkan.. tapi perlu juga diberitahu sekadar utk memberi semangat pada diri sendiri. Aku ingat dah berpuluh kali aku bagi semangat kat diri sendiri. Bukan makin turun tapi makin naik ada la.. berat dah dowhh..

Tapi takper, mulai hari nie aku sudah menyetatkan diri utk menerai satu produk yg aku sendiri panggil sebagai juskurus. Apa jenis produk aku takleh nak dedahkan buat masa nie sebab aku nak cuba sendiri keberkesanannya. Tapi aku rasa ada antara korang yg tau. Tapi tu la.. just wait n see bak kata omputeh. Bak kata orang melayu lak, tunggu dan lihat. Mungkin aku semakin senang hati kot sampai asyik nak makan jer, tapi tak jugak sebab aku nie jenis yg senang ati ke susah ati ke.. selera makan tetap jer ada miahahahha...

Ketepikan dulu soal tu, skang nie aku nak carik duit lebih jer. Tanak pk menda lain sangat tapi besok.. ari rabu, aku ingat nak pi KLCC utk menghabiskan sedikit sebanyak duit lam kocek utk buat aktiviti yg dah lama aku tak buat bersendirian. Movie marathon at TGV KLCC. Skali skala adalah bagus juga utk bersendirian melakukan aktiviti yg kita suka.

Aktiviti mengetam terpaksa ditangguh ke sedikit masa lagi walaupun aku gian. Sekian saja utk kali ini. Dan macam biasa, walau berat bertambah, walau perut membulat, walau masalah atau apa juga yg melanda diri kita, tak usah risau tak usah gentar tak usah pening kepala. Itu suma perkara perlu dalam hidup dan kita kena selesaikan dengan cara yg terbaik yg kita boleh buat. Teruskan tersenyum cause it's a nice day to be alive. :)

Monday, May 18, 2009

Latest of me...








Takder yg baru utk aku cerita sebenarnya.. setakat berusaha utk mengekalkan diri aku sejauh mungkin dari rokok. Aku dah benti.. totally benti. Quit. Cuma sangat risau dengan pertambahan mendadak berat badan. Tapi nak kata risau tu tak jugak sebab selera makan aku bertambah dengan mendadak jugak. Sangat risau.. tapi juga sangat lek lek cool rasanya...

2 minggu berturut2.. Setiap ahad. Pada 10 dan 17hb baru baru nie. Aku melepaskan hajat utk sesi mengetam aku kat muara ikan bakar. Seriyess dah lama aku ngidam nak makan ketam tapi kesampaian jugak hajat aku. Walau kena kuar bajet yg agak buley menahan la jugak utk menikmati panorama indah .. jugak menikmati ketam pedas yg tahap best gaban buat aku.

Actually.. menikmati suasana sedap dan kekenyangan selepas makan tu lebih menarik minat aku. Dengan angin laut.. dengan matahari yg terbenam.. aku sangat sker. Rilek jer rasa.. tanpa tekanan.. tanpa hingar bingar bunyi kenderaan. Tanpa wayang :)) aiseyy.. trasa cam banyak filem lak aku tertinggal.. dan utk kawan2 yg kat luar sana.. agak2 kalau korang nak buat sesi mengetam.. ajak la aku.. nafsu aku utk mengetam suda kembali menggila.. :)) sekian..

Monday, April 27, 2009

Be free and be maself..

Since last wednesday if im not mistaken.. aku da tak merokok. Diulangi.. aku dah kembali TIDAK merokok. Umur da meningkat bulan april nie.. walaupun da hampir sebulan berlalu..aku tetap juga nak wish diri sendiri, eppi belated besdei to meself :))


Suma ok this lately.. tader yg tak ok.. cuma semakin bz dan semakin membesar.. maklum la .. asap okok dah tak sumbat.. trus nak sumbat menda lain yg bleh mengepam diri sendiri :)) cuma kekadang tu tertanya dalam diri, akan tercapaikah apa yg aku targetkan tahun nie.. :) doa-doakanlah ek.. \m/