Aku sungguh tak sangka, dah terlepas beberapa hari dah kita menyambut kemerdekaan. Korang ada rasa ke yg kita menyambut merdeka tahun nie? Korang ada rasa ke semangat kemerdekaan dalam diri korang dan jatidiri yg kukuh sebagai anak merdeka? Melainkan iklan2 kt tv jer yg memeriahkan merdeka kita tahun nie? Mungkin sebab puasa atau mungkin jugak senario yg melanda negara kita sekarang nie.
Dengan berita terbaru tentang apa yg berlaku kat indonesia (korang carik la sendiri brita tu kalau nak tau) . Dengan suasana politik dan kes2 mahkamah yg menjengkelkan. Semangat aku nak sambut merdeka tu memang tader, hilang.. kosong. Dan kalau tahun lepas aku kibarkan la jugak bendera kat blog aku nie but not this year. Sikit pun aku takder perasaan tu. Cuma aku masih lagi punya semangat seorang rakyat malaysia.
Bulan puasa nie, aku lebih banyak habiskan masa aku dalam kedai aku. On9 dan buat apa2 yg patut dan tak patut. Tayah la korang tanya apa yg tak patut tue. Buang karan jer tanya..bukan aku nak jawab pun. Dan aku pun bukan jenis yg rajin nak berjalan-jalan ke bazar ramadhan walaupun aku tringin nak makan itu ini. Sebab sangat leceh nak mencari parking..seolah-olah aku menyusahkan diri aku jer walaupun sebenarnya ke bazar ramadhan tu bagus sebab kita membantu orang kita meniaga. Beri sokongan pada mereka.. tp cuma aku jer yg malas nak pi, arap2 korang tak la macam tu..meh kita bantu orang kita meniaga.. seronok tgk senario macam tu. Dan kalau aku pergi pun.. setakat mencuci mata yg mana patut :)) biasa la kan.. lelaki.
Buat masa nie aku cuma tringin nak berbuka puasa beramai-ramai bersama sahabat2 yg biasa aku keluar, tp nak buat macam mana.. keadaan tak mengizinkan sebab masing2 ada program dan hal masing2. Lagipun waktu berbuka puasa nie pendek..nak kejar maghrib nak kejar isyak dan terawih lagi. Kalau berbuka ngan kengkawan for sure terlajak suma tue. Tak gitu?
Dah dulu.. penat baca pepanjang.. aku pun tak sker nak menaip pepanjang, sawan nak baca kang sebab bukan semua rakyat malaysia nie bebetul minat membaca :)) apapun harus diingat.. it's a nice day to be alive.. ok? peace \m/ lover :x :x
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yeay.. sy pun mo buka pose ngan kkawan.. hukhuk~ tp sy jauh..
mcm mana?? hukhuk~ :((
huhuhu.. macam saya cakap.. kengkawan suma jauh n ada hal memasing :-s
Post a Comment