Thursday, December 31, 2009

Commercial Break.. lagi lagi lagi dan lagi..



A long December and there's reason to believe
Maybe this year will be better than the last
I can't remember the last thing that you said as you were leavin'
Now the days go by so fast

And it's one more day up in the canyons
And it's one more night in Hollywood
If you think that i could be forgiven i wish you would

The smell of hospitals in winter
And the feeling that it's all a lot of oysters, but no pearls
All at once you look across a crowded room
To see the way that light attaches to a girl

And it's one more day up in the canyons
And it's one more night in Hollywood
If you think you might come to California I think you should

Drove up to Hillside Manor sometime after two a.m.
And talked a little while about the year
I guess the winter makes you laugh a little slower
Makes you talk a little lower about the things you could not show her

And it's been a long December and there's reason to believe
Maybe this year will be better than the last
I can't remember all the times i tried to tell my myself
To hold on these moments as they pass

And it's one more day up in the canyon
And it's one more night in Hollywood
It's been so long since i've seen the ocean i guess i should..

Nu Year lagi..

Nu Year lagik.. 2009, melangkah ke 2010. Bermacam ragam pengalaman pahit manis ada. Kawan baru itu normal.. tapi jenis yg macam mana kawan baru yg kita dapat tue. Semoga kita baik2 sahaja. At least aku dah tercapai satu perkara yg memang aku niatkan utk tahun nie.

Next year cuma tinggal beberapa jam. Tapi mengikut kalendar Islam, tahun baru dah lepas dah. Cuma budaya orang zaman skang nie jer yg sambut nu year tak hingat dunia. Aku tatau nak taip apa, fikiran aku agak serabut dan sedikit buntu juga sekarang nie. Cuma aku mendoakan yg terbaik buat kalian2 di luar sana. Semoga dapat apa yg kalian hajatkan dah impikan. Bukan sebab apa pun, sebab it's a nice day to be alive.

Wednesday, December 30, 2009

.... part 2

Kawan, tiba2 aku tringatkan kau. Yg suatu waktu dulu menemaniku waktu senggangku walau sekadar lepak makan minum di uptown. Kadang2 kita juga kluar bersama menonton midnite di klcc. Melepak melayan sbatang dua seblah dome. Susah senang kadang2 kita kongsi bersama. Tapi disebabkan satu perkara, kau dengan aku saling tidak berhubungan sampai sekarang. Adakah kita terlalu ego? Hanya aku yg ego atau kau sahaja? Sampai sekarang kau tak pernah hendak mendengar penjelasan dari aku tp kau terikat dengan penjelasan sebelah pihak. Adilkah bagi aku sebagai seorang kawan?

Ko kat mana sekarang? Sudah berkahwinkah? Atau sudah bertukar kerjakah? Atau kau dah berpindah bekerja di luar negara? Maafkan aku sebab tiba2 teringatkan kau. Tiba2 aku rindukan kisah lalu, actually.. i miss u my fren.. miss u and ur x gf. Korang berdua tetap juga kawan aku. Walau apa pun yg korang nak anggap kat aku. People make mistake tapi penjelasan itu perlu didengar tanpa prejudis hanya pada sebelah pihak. Tapi apapun.. aku tetap doakan yg terbaik buat kalian berdua. Aku bukan apa.. sekadar rindu.. rindu kat korang berdua.

p/s : didedikasikan buat anson wong dan azalea... andai kalian terbaca.. ketahuilah, aku sangat rindu kalian berdua.

Monday, December 28, 2009

...

Hidup cuma satu persinggahan. Tapi dari perspektif mana anda pandang dan anggap persinggahan itu? Adakah cuma utk diri sendiri atau utk generasi yg akan datang? Aku prefer yg 2nd. Apa yg aku buat sekarang dan aku harapkan bukan utk diri aku tapi utk jaminan bagi generasi yg akan datang.

Yg perlu aku buat sekarang cuma mengutip bekalan. Sebab kadang2 manusia itu akan ke dunia yg mana dunia itu menjemput kita secara tiba2. Kot terlupa nak bawak bekal.. teruk nanti. Buat peringatan pada kengkawan dan juga pada diri sendiri. Marilah kita sama2 sediakan bekalan seblom dunia yg satu itu datang menjemput kita.

Sunday, December 27, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Selesai suda satu niat kecil aku utk tahun nie. Sekurang kurangnya aku melangkah setapak dalam fasa baru idup aku. Mungkin dengan umur aku, agak terlewat ssebenarnya tapi tak kisah la. Apa yg nak diherankan.

Walaupun ujan lebat semalam, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Thanks buat kengkawan yg mendoakan dan ucapan tahniah kalian. Mungkin aku akan sedikit bz selepas ini. Andai tak dapat memenuhi undangan kalian utk berlibur, diharap kalian dapat memahami keadaan. Tapi kalau utk menonton wayang.. InsyaAllah :D

Semoga kengkawan suma sihat walafiat dan dihindarkan dari sebarang kecelakaan, dan diberikan kesihatan pd kedua ibu bapa kalian. Amin.

Tuesday, December 22, 2009

Mari Melayan..



i'll drown my beliefs
to have you babies
i'll dress like your niece
and wash your swollen feet

just don't leave
dont leave

i'm not living
i'm just killing time
your tiny hands
your crazy-kitten smile

just don't leave
dont leave

and true love waits
in haunted attics
and true love lives
on lollipops and crisps

just don't leave
dont leave

just don't leave
dont leave

no title..

Agak bosan arini.. tader menda nak dibuat.. nak jogging pun cam maleh je petang nie. Walaupun aku dalam mode yg dikatakan waktu senggang seblom bz. Bila agaknya aku akan bz? ....

Monday, December 21, 2009

.....................

Arini lepas kerja aku terus bergegas ke muar. Melawat seorang sahabat yg baru sahaja kehilangan bapanya akibat kemalangan. Ibu tiri meninggal di tempat kejadian, tapi bapanya masih bernafas dan meninggal sejam kemudian. Kejadian berlaku di batu 12 bakri, dan dikatakan terdapat sebuah kereta yg dipandu oleh pemandu yg mabuk yg cuba utk memotong 4 buah kereta dengan sekaligus pada garisan berkembar, dan kebetulan melalui jalan bukit lalu bertembung secara berdepan. Alfatihah buat bapanya dan ibu tirinya yg meninggal dunia.

Aritu waktu aku sembahyang jumaat, aku sebak mendengar alunan pak iman sewaktu mengimamkan solat jumaat. Tapi arini aku bersedih atas kejadian yg menimpa pada kedua orang tua sahabatku. Sedikit sebanyak menyedarkan aku, kedua orang tua aku masih ada. Apa harapan mereka padaku yg belum sempat aku tunaikan? Semoga segala perancangan itu menjadi. Balek dari Muar aku singgah ke melaka utk melawat sepupu pada kawan aku yg juga kemalangan, patah bahu tangan kiri.

Maaf, aku cuma tatau nak post apa, sekadar mengingatkan pada teman2 yg lain, sewaktu kalian memandu..ingatlah orang yg tersayang. Sebab hidup ini terlalu indah utk dipersiakan. Walaupun ajal maut itu di tangan Tuhan, tapi mencegah adalah lebih baik dari mengubat.

Friday, December 18, 2009

Ari Jumaat..

Korang pernah tak rasakan, keadaan syahdu yg mana tetiba korang sebak sewaktu korang sedang mengerjakan solat jumaat? Yang mana korang menghayati bait2 ayat yg dituturkan imam tatkala mengimamkan solat jumaat? Dengan kemerduan suara yg mengalunkan ayat2 suci yg bila didengar terasa syahdu menusuk ati. Seblom nie aku tak pernah rasa macam nie. Cuma arini aku tatau kenapa aku tetiba macam syahdu bila dengar bacaan yg aku rasakan agak lek lek cool jer.
Tapi sebenarnya suara imam yg mengimamkan solat jumaat di tempat aku tadik, memang aku dah biasa dengar. Sudah lali sebenarnya, cuma kali nie aku lebih menghargainya. Tidak seperti seblom ini. Lagipun, imam tu bapak aku.

Wednesday, December 16, 2009

Alkisah..

Kat vf aku tak post gambar, kat fb pun aku tak post gambar, kat blog aku cuma sebilangan sahaja gambar dari RCK yg aku masukkan. Bukan bermaksud aku tak happy join tu suma. Sangat menghargai.. malah masih lagi terasa. Tgk kat kengkawan.. suma taruk gambar itu ini itu ini.
Antara sebab aku tak taruk, aku takut tiba2 aku rindukan suasana tu suma. Suasana yg macam tu sebenarnya skali skala sahaja dapat dirasai. So..bagi aku.. lebih baik aku simpan jer gambar tu dalam pc aku nih. Maaf kengkawan, kerana tiada gambar kalian dalam blog aku mahupun fb juga vf. Cuma satu jer yg aku mahu kalian tahu, aku sayangkan kalian dan kalau panjang umur.. kita pasti akan berjumpa lagi utk lalui sekali lagi suasana yg macam tue.



Yang aku ada cuma gambar nih, dan buat kengkawan yg nak memantapkan diri, meh la rasa kicap ini. Harga aku tatau.. tapi ada kat sabah. Kalau inginkan bentuk badan yg macam man yang tap @ mantap, minumlah kicap ini tapi dengan sebutan tap dia disebut sepanjang 2 harkat. Mantaaap :)) Silalah mencuba :-bd :-bd

Hahahahaha...

Utk kesekian kalinya, aku berjogging. Dapat 2 round non stop kat tasik permaisuri, walaupun jogging slow2.. at least buley la menahan. Tapi agak menyemputkan jugak la. Dan secara tak sengaja aku dapat tau, kat stadium Kuala Lumpur depan HUKM tu ada buat world marching band competition. Sangat teruja dan sangat kepingin utk aku tonton. Last day 20hb nie. Ada sesapa berminat nak join? :-bd

Tapi siyes cakap, dah lama tak jogging.. aku cam paksa diri aku sket.. trus krem dah kaki aku, penat toksah citer la.. normal la tue. Sampai aku rasa malam nie aku kompom tdo awal. Kul 10 malam mo tdo :D Ada yg rajin nak temankan aku jogging lagi besok? :X :X

Argghh.. perasaan puas dan berpeluh jantan selepas jogging, sangat buatkan aku teruja. Seb baik tak ujan. And it's really a nice day to be alive :)

Tuesday, December 15, 2009

Aduyai...

Apa yg kalian tau pasal GST? Ada jer cukai baru dorang nih nak kenakan kat rakyat, kalau dibelanja cara berhemah takper.. tapi.. sendri mo ingat la. Laksanakan KPI kunun, cuihhh.. Anda mungkin berpuas ati, tapi rakyat?

Aku sangat BANGGA menjadi rakyat Malaysia bila kita ada government yg macam nie. Diulangi.. sangat sangat SaNGaT BaNgGA!!!!

What?

Nu year is just around the corner.. wut will i do? aku jenis yg takder nak buat azam2 ke apa ker. Cuma this year..insyaAllah, kalau la ada kawan yg mengajak gi memana masjid utk muhasabah diri sempena tahun baru, aku pasti join.
Buat kengkawan yg lain, kita semua pastinya berharap berubah dari yg tak brapa baik ke arah yg lebih baik. Tu jer..

It's a nice day to be alive... remember? :X :X

Sunday, December 13, 2009

Impian..

Ko ada impian? Kau? Engkau plak? Mesti korang akan pergi pada satu jawapan, impian yg sama bagi setiap orang. Live happily ever after... hahaha.. kekadang cam typical lak jawapan camtue.
Aku? Aku ada impian? Of course la aku ada impian. At least satu perkara yg aku impikan utk tahun nie yg telah aku niatkan dari awal tahun akan terjadi. Tapi bukan itu saja impian aku. Masih ada satu lagi impian yg aku rasa sangat susah utk aku penuhi dalam waktu terdekat nie. Dan adalah sangat mustahil juga buat masa nie.
Kan? Kan? Kan?
Tapi kebiasaannya kalau nak diikutkan impian bagi setiap orang adalah berbeza mengikut kehendak masing2. Impian aku yg tak tertunai sampai stakat nie cuma satu..

Layan konsert live Radiohead :(( :(( nampak gaya terpaksa aku gi oversea kalau nak layan konsert dorang. Tu suma.. belanja tak hingatnyer tue. Tapi InsyaAllah.. Cam tak brapa baik jer impian aku yg satu nie kan? Kan? Kan? Kan? Tapi tak kisah laa.. asalkan kita tau dimana kita berpijak.. cukup laaa.. :)

Wednesday, December 9, 2009

Hello..

A butterfly lives only for a few days.
But still it flies joyfully capturing many hearts.
And my friend, each moment in life is precious.
Hello my friend.. whoever you are and wherever you are.
May God blesses you.. always.

Cuti-cuti Malaysia..


Kenduri kawen seorang sahabat di Labuan... pengantin lari dari pelamin semata-mata nak melayan okok sebatang.. :))


Dari dalam feri menuju ke K.Kinabalu.



Imperial International.. melayan blues..

Sekian saja cuti2 malaysia aku.. sekian tima kaseyy..

Wednesday, December 2, 2009

24...

Nothing much to say on ur special day.. just wanna wish u all da best in wuteva u do and may happiness is always witchoo...



Happy besdei my kazumarella.. and thank you for loving me..

Rokok oh Rokok

Perbelanjaan aku utk bulan November, menampakkan berlaku pembaziran pada yg tak sepatutnya.. Dan yg paling ketara.. rokok!!.. Mengikut perangkaan dan statistik yg aku sendiri catitkan dalam note aku. Aku membeli sebanyak 33 kotak dunhill besar sepanjang november yg kalau ditukar kepada RM menjadi rm306.90. Utk Movie sebanyak rm145.00 dan utk dobi rm59.00, komik bulan november tak banyak, cuma rm12.80 jer. Dan kesemua itu menjadikannya rm523.40 yg pada pendapat aku sangat membazir.

Persoalannya, bagaimana aku nak kurangkan antara yg 4 nie? Dobi? .. takleh nk elak sebab aku memang jenis yg tak rajin nak membasuh sendiri. Komik? aku bercadang utk berhenti beli kreko dan cuma menumpukan pada siri2 yg menjadi collection jer. Movie? akan aku pertimbangkan utk kurangkan. Rokok? Kalau boleh aku nak benti terus :( tp..
argghhh!!!!!!!!!!!!! Bila nikotin tader lam badan.. rasa cam lumpuh kejap. Tak keruan, will power aku utk benti mokok nie tak cukup kuat. Frankly speaking, aku perlukan bantuan utk hentikan tabiat aku nie.

Kadang2.. aku tension, dah la income tak seberapa tapi abiskan pada menda yg tak berfaedah. Haihh..

Besok..

Besok..
Macam biasa aku akan kerja stengah hari.
Mungkin akan ke Alamanda utk bermovie marathon.
Bersiap sedia mempersiapkan barang dan diri.
Juga nikotin yg merosakkan berkaton katon.

Besok..
Akan berangkat ke Labuan Sabah utk 3 hari.
Sambut besdei si dia dulu sebelum pergi.
Tanak nanti dah sampai sana si dia gigit jari.
Mengenangkan aku yg tau2 jer dah pergi.

Besok..
Rombongan Cik Kiah membuat lawatan.
Jauh ke Labuan merehatkan diri.
Tenang melihat keindahan dan hutan.
Dalam mencari dan mengenal erti diri.

Sekian..