Friday, September 25, 2009

Sabtu yg beku..

Hari nie aku start keje yg bersamaan dengan hari Sabtu, tgh hari aku dok termenung menggaru kepala walaupun sebenarnya takder kutu, dok garu tapak tangan ingatkan duit nak masuk sampai jadik kematu, rupa-rupanya banyak nak kena bayar utk kaber yang ari ari seblom tu. Sudahnya dok layan2 kepala ushar2 orang kat tepi pintu. Tapi terkejut sekejap sebab nampak kucing lalu yg kulitnya sangat menggerutu.

Utk aku..mood raya memang dah abis dah, niat di hati nak carik bilik sebab ada rasa macam nak pindah, tapi macam aku cakap seblom nie yg bajet aku terlebih sudah, kalau jumpa mamak ceti pun kompom dia cakap "citt podahhh!!!". Tapi takper..isnin nie aku dah ada rancangan lain dah, yg akan aku usahakan sampai ke sudah. Korang2 doakan aku jer pun kira dah ok dah.

Sementara raya nie kalau makan tu ingat2 la kawan selalu, jgn dok teriak tak dapat balek kampung pikir pasal sedih dan pilu, dan jgn dok pikir sangat pasal menda2 yg dah berlalu, masa depan yg penuh liku yg kita kena kuatkan diri utk kita lalu, tapi seblom korang boring baca post yg nie.. baik aku blah dulu :P

Have a good day my fren.. :)

Tuesday, September 22, 2009

Raya...

Selamat ari raya ke 3 buat semua. Tader yg menarik rasanya raya tahun nie. Sekadar ada sedikit bual bicara antara aku ngan mak aku. So far semuanya dapat berkumpul jugak la tahun nie walau ada yg datang lewat. Adek bradik aku 9 orang sumanya ada. Anak buah aku 11 orang pun sumanya ada. Adek2 ipar aku 3 orang, akak ipar 2orang ngan abg ipar sorang. Satu umah sumbat 27 orang, hamek ngko.. betulnya beraya :))

Raya pertama aku ngan suma2 nie dok serbu rumah family adik2 ipar, abg ipar.. bayangkanlah skali konvoi gi beraya 27 orang skali jalan. mau tak terkujat tuan umah. So far raya pertama dapat pergi ke 4 buah rumah sahaja. Mood macam tak brapa ok nak gi bebanyak rumah.

Raya ke2, sepanjang hari aku dok kat umah.. bangun tdo jer dah dekat tgh hari.. dok umah sepanjang hari dok ngadap pc. Bila tiba malam hari aku demam lak. Takleh tdo..nak dekat kul 5 pagi baru aku terlelap kot. Batuk2.. demam. dan sedikit rasa tak selesa serta sesak nafas.. Lain macam lak rasa.. cam scary pun ada.

Raya ke 3, bangun awal lak arini walaupun tdo nak dekat kul 5, kul 7 lebih dah terjaga tapi nak try tdo balek tak boleh, kesukaran bernafas.. rasa cam nak kena gi jumpa doktor pasnie. Dan kebetulan umah aku ada buat kenduri doa selamat sempena adk aku yg baru jer bersalin dan sorang lagi yg bakal bersalin. Nie masa tgh post menda nie aku sebenarnya sedang menunggu si Aujinz on the way ke umah aku. Ada gak kawan datang beraya :)

Raya tak abes lagi.. tapi nie jer dapat aku citer dulu buat masa nie. Jumpa lagi lenkali :)

Sunday, September 20, 2009

Commercial break lagi dan lagi dan lagi...



I guess this tim eyou're really leaving
I heard your suitcase say goodbye
Well as my broken heart lies bleeding
You say true love is suicide
You say you've cried a thousand rivers
And now you're swimming for the shore
You left me drowning in my tears
And you wont save me anymore
I'm praying to God you'll give me one more chance girl

Chorus**
I'll be there for you, these five words i swear to you
When you breathe, i want to be the air for you
I'll be there for you
I'd live and i'd die for you
I'd steal the sun from the sky for you
Words can't say what love can do
i'll be there for you

I know you know we've had some good times
Now they have their own hiding place
Well i can promise u tomorrow
But i can't buy back yesterday
And baby you know my hands are dirty
But i wanted to be your valentine
I'll be the water when you get thirsty baby
When you get drunk, i'll be the wine

Repeat Chorus**

I wasn't there when you were happy
And i wasn't there when you were down
Didn't mean to miss your birthday baby
I wish I'd seen you blow those candles out

Repeat Chorus**

Saturday, September 19, 2009

Selamat hari raya aidilfitri..

Aku update just nak ucap selamat ari raya, lepas pengumuman dan tak brapa minit lepas tu aku dengar pula takbir raya, besok pagi aku ngan family pakat2 pergi semayang raya, balek umah dah tentu dok bermaafan sambil makan ketupat tak lupa juga kuih raya.

InsyaAllah 1Syawal disambut dengan meriah sekali, kita dok pakat2 mengunjungi sanak kaum famili, tapi aku sorang jer kat umah nie yg baju rayanya tak dibeli, sebab yg lama punya aku rasa masih elok sekali, tak perlu membazir sebab kita cuma kuli, pedulikanlah kalau ada sapa pun yg nak perli.

Pagi raya mesti ramai yg berfesyen sakan, tapi ati2 jgn sampai kotor masa makan, dan jgn juga mengumpat yg bukan2, juga tak dilupa utk mengajak semua rakan2, sesambil berjalan usik mengusik anak dara di pekan, yg tersipu dan kelihatan manis pabila senyuman dilemparkan.

Tanganku dihulur maaf kupinta, buat family.. semua rakan dan juga yg tercinta, halalkan makan minumku maafkan yg tersalah kata, sebab kadang2 kita sendiri tak jangka yg hati kita ni buta, so..di hari yg mulia ini kita elakkan la dari dok mengata.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. :)

Wednesday, September 16, 2009

Sesi buka puasa lagik...


Ahad lepas.. bersamaan dengan sekian2 hb.. Aku uruskan satu majlis buka puasa ngan kengkawan. Muara ikan bakar port klang jadik port skali lagi. Gian nak layan tongtam(sotong+ketam). So.. majlis berjalan lancar tanpa ada kesulitan melainkan sorang drebar yg sesat sampai kemana, yg seb baik bleh sampai rite on time walaupun sesat. 11 orang yg join termasuk aku, tak dapat nak ajak reramai sangat sebab jemputan aku adalah terhad. Maaf kalau ada yg tak diajak sebab makan2 nie ada orang blanjer.. :)

Dan semalam.. ari rabu.. ada lagi jemputan ke berbuka puasa, reramai gak tapi kali nie kat ayam golek kerinchi. Ayam dia ok la.. cuma ada sumthing yg aku rasa ada yg tak kena. Tapi aku tatau apa dia sebab mungkin tempat dia tak brapa selesa ataupun apa dan ini bukan kali pertama aku pergi. Aku tgk aspek kebersihan tak brapa dititikberatkan. Maaf cakap.. tapi kenyataan. Walaupun ramai yg join tapi tak berapa meriah sebab ada yg dijemput join datang lambat.

Dan dah 4 arini aku rasa cam takbest..Sangat takbest sebab hp aku rosak.. pokai wooo raya tahun nie. Renew roadtax ngan insuran Big D aku. Tayar dia.. ngan nak beli hp besok nih.. tension tension.. tapi sabar jer laa..apapun..yg penting itu mengeratkan hubungan silaturrahim bersama kengkawan.

Aku tatau nak citer apa sebenarnya.. sok sok la aku update lagik.. :D

Sunday, September 6, 2009

Asal usul...

Dulu aku antara peminat satu kumpulan yg menggelarkan diri mereka Poetic Ammo. Satu group yg sangat gah zaman aku muda2 dulu (walaupun skarang nie aku sentiasa jer nampak muda) muahahahaha. Hampir semua lagu dalam satu album tu aku bleh melayan. Dan salah satunya adalah lagu yg bertajuk.. It's a nice day to be alive. Dan tajuk blog aku nie aku ambik dari tajuk lagu nie sebenarnya.. so layankan la lagu nie.. walaupun korang suka atau tak, aku tetap suka disebabkan tajuk dia sangat best utk aku renungkan akan makna yg tersirat :D

Buka puasa lagi.

Ahad 6ptg. Aku dah terpacak di Rumah Titian Kasih atau RTK. Kalau RT jer nanti jadik rukun tetangga takpun rumahtangga jer. Aku kesana atas tujuan menghadirkan diri utk majlis berbuka puasa bersama warga VF yg lainnya. Ada muka yg baru aku jumpa dan juga muka2 yg dah biasa jumpa. Aku sekadar suka memerhatikan telatah orang dan telatah kanak2 kat situ. Tu jer.

Lepas berbuka.. maghrib dan isyak beserta terawih juga disitu. Cuma terawihnya terlalu laju. Kira ok la.. dari takde. Waktu aku tgh dok post menda nie. TV1 sedang menayangkan terawih dari Makkah. Syahdu pun ada.. sedikit terusik hati pun ada.

Masa nak pergi actually nak gi awal, tapi biasa laa.. kalau berjanji ngan orang.. mesti akan ada sedikit problem yg tak disengajakan. Diulangi.. tak disengajakan.. tapi takper laa.. lambat sikit jer. Si dewa ngan hisam lambat sampai sebab tayar moto dia pancit.. tader apa yg dapat aku bantu sebab jauh. Then pergi jemput lak kawan dewa kat setiawangsa then baru gerak gi RTK tadik tuh. Tapi kami selamat pergi dan pulang ke rumah memasing. Alhamdulillah.

Tu jer la aku nak citer.. bukan ada apa sangat. Cuma .. melihat keadaan di RTK, syukurlah yg kita suma punya keluarga dan orang yg saling menyayangi di antara kita.
~end~

Saturday, September 5, 2009

Buka Puasa...

Semalam on the way balek dari temankan orang bersoping baju raya, ternampak kelibat Central Market. Tiba2 kenangan cam kembali zaman aku dengan kengkawan aku yg sker sangat lepak kat central market utk berbuka. Restoran Hameed kot kalau tak silap aku, yg restoran dia blah bawah.

Dulu aku jenis yg suka memerhatikan gelagat orang, gaya orang dan cara orang. Belajar apa yg boleh kita belajar dari orang sambil mengushar gadis2. Normal la tu.. ada ke lelaki yg tak mengushar gadis2?? Dulu slalu gak la dok mengayat gadis2 kat CM tu. Ada yg sangkut..ada yg bolayan jer, tapi nak buat camner kan? Lelaki sejak azali dilahirkan sebagai pemburu. :D

Tapi siyes..aku rindukan saat2 aku berbuka puasa ngan kengkawan aku kat CM macam dulu2. Skang nie kalau aku pergi pun..aku cuma akan rasa sunyi sebab aku perlukan kawan yg sama utk lepak kat situ. Dan tiada orang lain yg dapat gantikan kawan aku yg biasa aku lepak kat situ dulu. Perasaan sangat berbeza beb. Aku rindu giler kat kengkawan aku beb. :|

Petang nie, aku pergi berbuka pose kat umah orang2 tua kat titiwangsa.. Semoga terbuka keinsafan dalam diri aku. Amin..

Thursday, September 3, 2009

Commercial Break lagi.... tatau part brapa.. tak ingat..




lagu yg pernah menjadi laguku.. sampai dalam tepon pun taruk nama my BoO.. jgn marah ek.. ini sekadar kenangan.. kenangan itu sentiasa kita bawa dalam kehidupan kita.. so.. peace \m/

Wednesday, September 2, 2009

Merdeka yg lewat....

Aku sungguh tak sangka, dah terlepas beberapa hari dah kita menyambut kemerdekaan. Korang ada rasa ke yg kita menyambut merdeka tahun nie? Korang ada rasa ke semangat kemerdekaan dalam diri korang dan jatidiri yg kukuh sebagai anak merdeka? Melainkan iklan2 kt tv jer yg memeriahkan merdeka kita tahun nie? Mungkin sebab puasa atau mungkin jugak senario yg melanda negara kita sekarang nie.

Dengan berita terbaru tentang apa yg berlaku kat indonesia (korang carik la sendiri brita tu kalau nak tau) . Dengan suasana politik dan kes2 mahkamah yg menjengkelkan. Semangat aku nak sambut merdeka tu memang tader, hilang.. kosong. Dan kalau tahun lepas aku kibarkan la jugak bendera kat blog aku nie but not this year. Sikit pun aku takder perasaan tu. Cuma aku masih lagi punya semangat seorang rakyat malaysia.

Bulan puasa nie, aku lebih banyak habiskan masa aku dalam kedai aku. On9 dan buat apa2 yg patut dan tak patut. Tayah la korang tanya apa yg tak patut tue. Buang karan jer tanya..bukan aku nak jawab pun. Dan aku pun bukan jenis yg rajin nak berjalan-jalan ke bazar ramadhan walaupun aku tringin nak makan itu ini. Sebab sangat leceh nak mencari parking..seolah-olah aku menyusahkan diri aku jer walaupun sebenarnya ke bazar ramadhan tu bagus sebab kita membantu orang kita meniaga. Beri sokongan pada mereka.. tp cuma aku jer yg malas nak pi, arap2 korang tak la macam tu..meh kita bantu orang kita meniaga.. seronok tgk senario macam tu. Dan kalau aku pergi pun.. setakat mencuci mata yg mana patut :)) biasa la kan.. lelaki.

Buat masa nie aku cuma tringin nak berbuka puasa beramai-ramai bersama sahabat2 yg biasa aku keluar, tp nak buat macam mana.. keadaan tak mengizinkan sebab masing2 ada program dan hal masing2. Lagipun waktu berbuka puasa nie pendek..nak kejar maghrib nak kejar isyak dan terawih lagi. Kalau berbuka ngan kengkawan for sure terlajak suma tue. Tak gitu?

Dah dulu.. penat baca pepanjang.. aku pun tak sker nak menaip pepanjang, sawan nak baca kang sebab bukan semua rakyat malaysia nie bebetul minat membaca :)) apapun harus diingat.. it's a nice day to be alive.. ok? peace \m/ lover :x :x

Tuesday, September 1, 2009

Aku yg sangat dulu-dulu...



Kosong, Zero , 0

Agak lama jugak aku tak mempadet(ayat kamus sengal) blog aku nie. Semenjak balek dari penang aku cam kehilangan mood nak posting apa2 dalam blog aku. Tiap kali nak melayan jer blog.. ada jer semacam menda lain yg aku nak buat yg lebih menarik dari mempadet blog aku.

Tup tap tup tap..Pling!!!! dah hari ke 11 dah kita puasa. Sedar tak sedar tinggal tak lama jer lagi. Tak sempat nak wish kengkawan selamat berpuasa, tau tau jer nak kena wish slamat ari raya. Tapi takkan la aku nak wish slamat ari raya arini kot, agak2 la kan. Tapi sempat jer kalau aku nak ucap selamat berpuasa buat kengkawan semua.

Next week, ada majlis berbuka puasa di rumah orang2 tua. Aku gagahkan diri menjoinkan majlis utk beramal sekali skala. Maklum la bulan pose, dah jadik macam sifat dan taboo bagi orang melayu Malaysia nie yg suka memilih di waktu2 tertentu utk beramal. Aku bukan mengkondem.. tapi bagus jugak dorang buat.. at least satu usaha yg suci murni. Orang macam aku jer yg jenis tak banyak beramal. Harap2 ada la kesedaran sket dalam diri aku nie.

Takde yg menarik dalam life aku semenjak dua menjak nie, cuma satu part jer tapi tak perlu la aku nak citer dalam nie. Sebab aku rasa macam sedikit peribadi yg tak brapa patut utk dikongsi buat tatapan ramai. Yg bleh aku bitau.. im cool.. happy..bahagia.. sekadar menghitung hari dan menghitung jari kaki sebab jari tangan je tak cukup buat aku menghitung. (walhal kalkulator ada je) :))

Mungkin akan semakin rajin mempadet selepas ini. Cuma ada waktunya aku teringat masa dulu2, masa aku dengan kawan2 aku yg menghabiskan masa melepak bercerita sebaik selesai berterawih. Aku rindukan kawan2 aku dan rindukan kehidupan dulu. Tapi aku hidup di dunia yg nyata yg mana aku terpaksa terima apa yg ada skarang nie. Alhamdulillah.. sememangnya aku terima. Cause it's a nice day to be alive.. peace \m/