Tuesday, September 1, 2009

Kosong, Zero , 0

Agak lama jugak aku tak mempadet(ayat kamus sengal) blog aku nie. Semenjak balek dari penang aku cam kehilangan mood nak posting apa2 dalam blog aku. Tiap kali nak melayan jer blog.. ada jer semacam menda lain yg aku nak buat yg lebih menarik dari mempadet blog aku.

Tup tap tup tap..Pling!!!! dah hari ke 11 dah kita puasa. Sedar tak sedar tinggal tak lama jer lagi. Tak sempat nak wish kengkawan selamat berpuasa, tau tau jer nak kena wish slamat ari raya. Tapi takkan la aku nak wish slamat ari raya arini kot, agak2 la kan. Tapi sempat jer kalau aku nak ucap selamat berpuasa buat kengkawan semua.

Next week, ada majlis berbuka puasa di rumah orang2 tua. Aku gagahkan diri menjoinkan majlis utk beramal sekali skala. Maklum la bulan pose, dah jadik macam sifat dan taboo bagi orang melayu Malaysia nie yg suka memilih di waktu2 tertentu utk beramal. Aku bukan mengkondem.. tapi bagus jugak dorang buat.. at least satu usaha yg suci murni. Orang macam aku jer yg jenis tak banyak beramal. Harap2 ada la kesedaran sket dalam diri aku nie.

Takde yg menarik dalam life aku semenjak dua menjak nie, cuma satu part jer tapi tak perlu la aku nak citer dalam nie. Sebab aku rasa macam sedikit peribadi yg tak brapa patut utk dikongsi buat tatapan ramai. Yg bleh aku bitau.. im cool.. happy..bahagia.. sekadar menghitung hari dan menghitung jari kaki sebab jari tangan je tak cukup buat aku menghitung. (walhal kalkulator ada je) :))

Mungkin akan semakin rajin mempadet selepas ini. Cuma ada waktunya aku teringat masa dulu2, masa aku dengan kawan2 aku yg menghabiskan masa melepak bercerita sebaik selesai berterawih. Aku rindukan kawan2 aku dan rindukan kehidupan dulu. Tapi aku hidup di dunia yg nyata yg mana aku terpaksa terima apa yg ada skarang nie. Alhamdulillah.. sememangnya aku terima. Cause it's a nice day to be alive.. peace \m/

9 comments:

cik adza said...

menghitung hari.. detik demi detik.. lalalalla~
wish all ur dreams come true..
dont forget me..

:D

Mr_Aries said...
This comment has been removed by the author.
Mr_Aries said...
This comment has been removed by the author.
Mr_Aries said...

no im not... :D

hitung jer... bukan mengira pun :))

Mr_Aries said...
This comment has been removed by the author.
cik adza said...

hitung eyh??
baek~
ehh, ade adza ckp kira ke?? xda kn?? lalalalla~

:D

Mr_Aries said...

huhuu.. suda tukar ka? :))

Aujinz said...

hahahahha..apesal banyak sangat komen kene delete nie..:-s

Mr_Aries said...

tadik aku ingat cam jem.. aku tekan la bebanyak kali.. skali kuar 5 yg sama.. ampeh