Monday, August 16, 2010

Ramadhan..

Hadirmu buatkan ku tersenyum dalam terharu...
Sapaanmu pasti menitiskan air mataku...
Setahun sebulan cuma kita bertemu...
Sangat tidak rela melihatmu pergi meninggalkanku..

Padamu ya Allah..
Ku memohon ampun..
Padamu ya Allah..
Ku pohon perlindungan..
Padamu ya Allah..
Ku sujudkan syukurku.
Padamu ya Allah...
Ku berserah atas segala galanya..

Kata pujangga.. iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.  Dan kerana kata2 itu..sesungguhnya aku merasa sangat rugi. Rugi kerana tidak sepenuhnya mempergunakan masa yg terluang dan masa yg ada utk menuntut dengan orang yg hanya berada depan mata. Orang yg bilamana aku berjumaat, sangat syahdu mendengar bacaannya tatkala membacakan kalimah kalimah Allah. Orang yg bilamana aku lihat keadaannya sekarang ini hampir mampu membuatkan aku menitiskan air mata. Semoga Allah berikan kesihatan padanya. Amin..

3 comments:

Aujinz said...

Selamat berpuasa bersama isteri terchenta kang Man..

Kelinci Orange said...

Met Puasa y

Cik Yana said...

Saya juga rasa terharu melihat "orang itu" duduk di kerusi menyambut tetamu masa kat majlis abg man hari tu. Tersentuh rasa hati. Hargai orang itu selagi dia masih ada ye abg man <3