Hari nie pergi isi sebab semalam cam tak hengat donia punya sengal nak isi. Walau cuma RM20 jer sebab aku tak pergi memana tapi bila ku lihat di meter tak sampai stengah punya stengah nyer suku jarum meter aku naik. Aku sangat la berterima kasih.
Terima kasih sebab membantu menambah beban dalam diri setiap golongan rakyat yg kadang kadang miss soru. Yg kadang2 sangat trasa bila membeli barang dapur buat anak2 bagi yg dah berkeluarga.
Terima kasih juga kerana menjadikan impian setiap rakyat marhaen yg dahagakan minyak kereta menjadi kenyataan. Dan tatkala mengucap terima kasih tak lupa juga kedengaran kata2 pada peniaga supaya jgn mengambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak utk menaikkan harga barangan. Tidakkah yg menaikkan harga itu fikir dengan naiknya harga minyak akan terjadi satu tindakan berantai yg secara automatiknya sangat membebankan setiap rakyat malaysia? Sangat hebat amaran, sungguh bagus kepimpinan.
Sememangnya aku sangat bangga jadi rakyat malaysia, sebab kita punya kerajaan yg sangat bagus lagi hebat lagi cemerlang, gemilang dan terbilang. Yg mana bila aksi berantai itu berlaku, secara auto nyer..setiap harga barangan harian pasti akan naik dan sangat la menyusahkan. Kekadang aku tgk kehidupan makcik tukang sapu sampah area umah aku. Tatkala mereka berehat sambil melepaskan lelah. Sedih sangat aku tgk dorang.. Sampai kekadang dorang makan kat kedai aku pun.. confirm aku bagi diskaun. Tak sampai hati.. sayu kekadang tu tgk keadaan orang yg hidup susah. Ini bukan soal hati dan perasaan tapi soal utk teruskan hidup.
Terima Kasih Pak Lah dan kerajaan malaysia kerana berjaya membuat sumbangan yg sangatla bermakna buat kami rakyat malaysia. Semoga hidup anda semua diberkati sehingga akhir hayat. Semoga kesenangan itu tetap menjadi milik anda sekalian kroni tanpa pedulikan nasib kami-kami yg lain. Terima kasih yg sangat banyak yg aku rasa hanya Allah yg mampu membalasnya. Kesian makcik2 itu..
p/s : maaf merapik.. aku sedih tgk orang lain yg tak dapat menjalani kehidupan yg sempurna yg kadang2 terpaksa berkira utk membeli sekampit beras. Semoga Allah murahkan rezeki mereka-mereka itu. Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sgt tak besh kan biler keadaan camnie terjadi
terasa bebanan itu semakin berat
terasa juge mesti aku nie kena keje kuat utk carik duit lebey utk menampung segala perbelanjaan harian
tanggungan tetap tanggungan
haaaihh :(
ape la nk jd...
jadi la apa nak jadi pun.. penat dah nak pikir kekadang tue...
Post a Comment