Sunday, January 24, 2010

lo lo lo lo lo....

Semalam.. sentuhan terakhir, dengan harapan berhenti selamanya. Hari ini..sedikit sentuhan menjadikan semakin sukar utk berhenti.

Mamai, pening, menggigil dan otak dipenuhi pemikiran yg penuh dengan candu. Badan tidak mendapat sumber nikotin menjadikan aku beraksi bagai orang yg tak keruan. Duduk sebentar, pau sebatang.. tarik dalam2. argghhh... stimmm..

Niat dah betul, tapi will power tak cukup kuat. Dah berkali cuba benti smoking, tapi kali nie dengan niat "sahaja aku benti mokok kerana kesihatan diri dan utk generasi aku yg akan datang".

Nikotin kalau dah ari3 masuk dalam badan. Kita stop mengejut tapi *daya gila* tak cukup kuat. Susah beb.. aku kena tetapkan diri balek.

*daya gila* = sumber kuasa cam katun soul eater tue.

Kengkawan.. doakan gua beb. Sesambil utk kesihatan diri aku dan jugak utk generasi aku yg akan datang, errr.. aku nak kawen beb. Kena berjimat muahahahahhaha....

Saturday, January 23, 2010

la la la la la...

kadang2 aku sampai tatau nak buat tajuk apa kat blog nie, sudahnya.. skati mak pak aku jer aku nak taruk tajuk apa. Blasah jer laa.. bukan ada yg peduli pun kan? Tak masuk dalam silibus penulisan blog pun.. :))

Lain orang lain cara, lain dia punya entry. Hak masing2, itu baru dunia tanpa sempadan. Kalau asek peduli apa orang lain nak kata, tak tahan dengan kritikan, tutup jer blog atau tanak diganggu dan tak mahu benarkan orang lain baca, jadikan ianya privasi. Tak susah.

Aku cuma menunggu sampai waktu aku sampai. Waktu yg aku panggil my breaking point. my 2nd breaking point anyway. Am i ready enuff? i think so. Semoga perancangan menjadi. I just get meself ready. Tahun ini sepatutnya menjadi tahun memulun, apa itu memulun? Memulun itu diambil dari perkataan pulun yg telah dijadikan frasa bahsa yg aku memandai dan sker sker nak buat. Sorry.. ayat nie tak masuk spm, so.. tayah nak peduli. Yg aku tau.. aku sentiasa jadik diri aku. Hav a nice weekend me fren.. :D

Thursday, January 21, 2010

part part part...

Kejanggalan, dan ianya berlaku bila ada sedang menghadiri satu ceramah. Hanya anda yg berumur awal 30-an dan yg lainnya adalah lepasan SPM. Melihat telatah mereka yg kadangkala menjengkelkan, skadar mengingatkan diri sewaktu di usia tersebut.

Sudahnya, aku berlagak lek lek cool. Kunun2 cool tapi rasa cam poyo plak. Last2 main game lam hp, sebab tatau nak ajak sapa borak. Skadar mata melihat pada gadis2 sunti lepasan spm yg kadangkala nampak pergghh!!!!. Maaf, aku cuma sedar aku masih lagi seorang lelaki biasa.

Tuesday, January 12, 2010

..... part 4

Slow, minggu nie sangat slow. Slow yg kadang2 tak brapa menyelesakan. Termenung terdiam sejenak. Tapi itulah hakikat kehidupan. Tak selamanya berlari kencang. Kadangkala perlu berjalan laju atau juga berhenti rehat sebentar.

Aku, sekadar mampu terus tersenyum. Terus saja melemparkan senyuman ini pada sesiapa sahaja. Semoga mereka yg terlihat senyuman ini akan mampu juga terus tersenyum. Nikmatilah kehidupan, tak kira ianya slow.. laju atau sedang sedang sahaja.

Sunday, January 10, 2010

.... part 3

Kadang2 apa yg kita rancang tak selalunya menjadi seperti apa yg kita impikan. Dan kadangkala apa yg kita impikan selalunya akan terjadi sesuatu di luar dugaan kita. Sebab itu ada ayat "xpect the unexpected".

Yg perlu ada, cuma kita..utk bersedia menerima segala macam jangkaan yg tidak dijangkakan. sebab tidak semestinya 1 + 1 itu akan menjadi dua. Tapi lebih kepada 2 + 2 = 5. Anda faham? Tak faham abaikan jer. Teruskan jer dengan life anda. :D

Tuesday, January 5, 2010

Aku..

Hidup...kadangkala diatas kadangkala di bawah. Beringat merupakan cara terbaik, tapi manusia ini mudah lupa dan sering buat silap. Terlalai atau tertangguh juga keserabutan fikiran hanya kerana perkara kecil dan remeh temeh.

Kita dimana? Kita siapa? Dan apa tujuan kita? Siapa rakan kita? Siapa sahabat kita? Yang perlu ada utk menegur samada secara halus atau secara terus. Hidup ini singkat, rakan dan sahabat itu datang dan pergi dalam pelbagai cara yg tersendiri. Kehidupan tidak selamanya bersama.

Aku... cuma seorang lelaki dan sebagai seorang lelaki, aku hanya melakukan perkara yg sepatutnya aku lakukan.. Sekian. Sekadar peringatan buat diri aku sendiri sebagai seorang lelaki.

Sunday, January 3, 2010

Kisah 2 hari.

Abis kerja jam 12, jam 3.30 ke pkns s.alam, kemudian melayan tongtam di muara jam 6, menonton movie vampire assistant di alamanda jam 9.30, mlepak bersama kawan di mamak kembar putrajaya sehingga hampir jam 2 selepas abes menonton. Terus ke Kolam Air Panas Bentong dan sampai disana jam 4pg, kemudian ke Genting Highlands melepak sebentar, sambil melayan kesejukan setelah bermandi manda di kolam air panas yg tak brapa panas. Jam 6pg bergegas pulang dan sampai di rumah jam 6.45pg. Trus buat kerja dan bukak kedai jam 7.15. Abis kerja jam 12tgh ari. Terus ke kenduri kahwin selepas mandi manda di rumah jam 12.30. Jam 1.45 on9.. jam 3.30ptg tdo. Jam 11 mlm terjaga. On9 jap then kul 1pg tdo.

Sekian saja .. citer saya utk kisah 2 hari saya. Wooww!!! Moral of the story, lain kali aku tanak pakai jam. :))