Kawan dan sahabat.. apa yg kita tau pasal kawan dan sahabat nie? Sebenarnya aku nak citer serba sedikit tentang aku dan sahabat. Kawan.. aku bleh katakan yg diri aku punya ramai kawan tapi terlalu sedikit bilangan sahabat. Tapi setiap orang punya pandangan yg berbeza walaupun rambut sama itam, cuma ada la sket yg sker kaler2 rambut tu tak termasuk la yg rambut sama itam tapi ati still lain lain :)
Dulu aku pernah hilang ramai sahabat dan juga kawan, sebab aku jenis yg tak teragak-agak utk buang kawan disebabkan aku tersangat menyampah yg amat sangat sampai aku takleh nak tahan. 3 orang.. yg dulunya sangat rapat dengan aku. Tapi itu kisah dulu zaman aku muda remaja walaupun skarang nie pun aku masih lagi muda sebenarnya..
Tapi bila kita punya sahabat yg baik dan bagus, tapi dorang terpaksa pergi meninggalkan kita. Aku memang terasa yg amat sangat. Saat kawan baik aku si mazrin yg tinggalkan mesia.. sebab berkawen ngan omputeh, aku kehilangan kawan lepak memalam yg bleh berciter apa saja.. teman baek dari zaman skolah hingga remaja hinggalah dia pergi bawak diri ke negara orang dan selamat bekerja disana.
Last week aku kehilangan seorang lagi sahabat, tapi sebenarnya tidaklah kehilangan dalam erti kata ilang sebenar benarnya. Dan yg nie plak berlepas ke Dubai lepas dapat tawaran bekerja kat sana. Dan yg sorang nie, aku tak pasti samada dia akan pulang semula ke mesia atau trus tinggal ke sana. Tapi aku cuma harap kita tak terputus terus hubungan sesama kita walaupun ngko jauh kat sana. Hadiah yg ngko kasik sempena adek aku kawen tue, dorang ucapkan bebanyak tima kaseh.. mahal dan lawa lak tue :D time aku kang.. bagik yg lagi mahal sket ek :)) MD.. kau tetap juga sahabat walau dimana kau berada..
Sebenarnya aku takder motif nak post entry nie. Just nak bgtau kengkawan.. hargailah setiap kawan dan sahabat yg kita ada waktu ini semoga kita tak menyesal bila kita kehilangan mereka suatu hari nanti. Tu jer.. dan aku.. takkan pernah menyesal dengan jalan hidup yg aku sendiri pilih dan juga kawan2 yg aku ada.. sebab bagi aku semuanya sama jer yg mana adanya hitam dan juga putih. Life itu colourful dan life itu juga satu perjalanan yg panjang. Dan slagi kita masih bernafas.. teruskan hidup kita dengan senyuman .. seperti tajuk blog aku sendiri. aaahhhh... it's a nice day to be alive. see ya !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku nak komen apa ntah tdi..lupa la pulak
haaa..baru ingat..kawan tu ko dan aku
sahabat pun ko n aku
leh ke camtuh?
kurang lebey bleh la camtu..
bukan masalah besau pun kan? :)
Post a Comment