Friday, November 21, 2008

Mari Bersukan


Tajuk diatas takder kena mengena ngan entry yg aku nak taip nie sebenarnya. Sekadar nak bitau.. aku ada join satu bowling tournament 30/11 nie..

Last main aku tak ingat bulan brapa, tapi malam tadik stelah lama tak main. Dengan berat bola 14paun, dengan 7 game skali henjut.. kejung wehh lengan aku. Tapi takper.. pektis pektis.. cuma hasilnya tak brapa memuaskan ati aku, sebab paling tinggi aku bleh pergi pun cuma 178.. adoi laa.. bila la aku nak dapat cecah 200 ke atas stiap kali main :d

Tapi apa nak kisah, kalah menang itu adat permainan.. Tapi bagi aku, aku main utk menang tapi kalau kalah tak kisah jer sebab aku dah biasa menerima kekalahan :) sebab walau apapun jadi.. it's a nice day to be alive.. mari la kita sama2 terjunam

\m/ mari terjunam \m/

Wednesday, November 12, 2008

Kawan dan sahabat..

Kawan dan sahabat.. apa yg kita tau pasal kawan dan sahabat nie? Sebenarnya aku nak citer serba sedikit tentang aku dan sahabat. Kawan.. aku bleh katakan yg diri aku punya ramai kawan tapi terlalu sedikit bilangan sahabat. Tapi setiap orang punya pandangan yg berbeza walaupun rambut sama itam, cuma ada la sket yg sker kaler2 rambut tu tak termasuk la yg rambut sama itam tapi ati still lain lain :)

Dulu aku pernah hilang ramai sahabat dan juga kawan, sebab aku jenis yg tak teragak-agak utk buang kawan disebabkan aku tersangat menyampah yg amat sangat sampai aku takleh nak tahan. 3 orang.. yg dulunya sangat rapat dengan aku. Tapi itu kisah dulu zaman aku muda remaja walaupun skarang nie pun aku masih lagi muda sebenarnya..

Tapi bila kita punya sahabat yg baik dan bagus, tapi dorang terpaksa pergi meninggalkan kita. Aku memang terasa yg amat sangat. Saat kawan baik aku si mazrin yg tinggalkan mesia.. sebab berkawen ngan omputeh, aku kehilangan kawan lepak memalam yg bleh berciter apa saja.. teman baek dari zaman skolah hingga remaja hinggalah dia pergi bawak diri ke negara orang dan selamat bekerja disana.

Last week aku kehilangan seorang lagi sahabat, tapi sebenarnya tidaklah kehilangan dalam erti kata ilang sebenar benarnya. Dan yg nie plak berlepas ke Dubai lepas dapat tawaran bekerja kat sana. Dan yg sorang nie, aku tak pasti samada dia akan pulang semula ke mesia atau trus tinggal ke sana. Tapi aku cuma harap kita tak terputus terus hubungan sesama kita walaupun ngko jauh kat sana. Hadiah yg ngko kasik sempena adek aku kawen tue, dorang ucapkan bebanyak tima kaseh.. mahal dan lawa lak tue :D time aku kang.. bagik yg lagi mahal sket ek :)) MD.. kau tetap juga sahabat walau dimana kau berada..

Sebenarnya aku takder motif nak post entry nie. Just nak bgtau kengkawan.. hargailah setiap kawan dan sahabat yg kita ada waktu ini semoga kita tak menyesal bila kita kehilangan mereka suatu hari nanti. Tu jer.. dan aku.. takkan pernah menyesal dengan jalan hidup yg aku sendiri pilih dan juga kawan2 yg aku ada.. sebab bagi aku semuanya sama jer yg mana adanya hitam dan juga putih. Life itu colourful dan life itu juga satu perjalanan yg panjang. Dan slagi kita masih bernafas.. teruskan hidup kita dengan senyuman .. seperti tajuk blog aku sendiri. aaahhhh... it's a nice day to be alive. see ya !!

Tuesday, November 11, 2008

Penat

Alhamdulillah.. selesai suda majlis persandingan 2 orang adik aku. Kehadiran tetamu di luar jangkaan. Beg2 yg disediakan tidak mencukupi.. Hujan yg slama 5 minit tidak mengganggu kelancaran majlis.. cuma tempat meletak kenderaan yg sampai takder.. dan bas yg datang pun takleh nak parking. Pohon ampun dan maaf atas segala ketidaksempurnaan dan terima kasih pada yg membantu.

Terima kasih gak buat teman2 yg hadir walaupun bukan aku yg kawen. Kedatangan korang walaupun lambat tetap aku sambut. Tetap juga aku simpan lauk pengantin buat korang :)

Actually.. nak update pun tak brapa ada mood.. gambar tak siap lagi and penat pun tak ilang lagi. Keje dah start balek besok n ahad nie blah pahang plak mo pegi. Tapi mungkin aku tak pegi kot sebab aku cam tak brapa ada mood mo pergi. hehehe..

Dah la tu.. penat nak pk.. apa yg perlu aku post sebab aku tak ready nak post apa2 lagi buat masa nie.. till then.. be happy to everyone.. :)