Monday, October 27, 2008

Aku yg memeriahkan diri sendiri..

Jumaat.. ke satu tempat, meluangkan masa bersama teman, menonton max payne tapi macam sedikit kureng itu critah tapi layankan ajer dengan aircond yg sejuk tak hengat donia.. buat aku kejung.

Ahad..seorang teman juga seorang sahabat yg dikenali dari dunia maya. Kambeng gurun aka kambeng tenuk aka kambeng cipan aka kambeng janggut sciput aka kambeng7 atau nama sebenarnya MollyAina, telah selamat melangsungkan perkahwinan. Dapat la jugak aku hadir memeriahkan majlis. Terus aku ke putrajaya selepas itu berjumpa someone trus gi layan bangkok dangerous tapi tak brapa best cam bongok dangerous lak jadinya. Aku tak brapa puas ati melihat filem aksi tapi sangat kurang aksinya.

Isnin .. abes je keje trus melibatkan diri dengan kengkawan brendam cam kerbau plus badak mentibang merendamkan badan di sungai chongkak. Lama giler tak pi sana, carik dorang sampai dekat sejam baru jumpa. Ampeh tul dorang, cakap tempat biasa.. mana la aku pernah join korang seblom nie dowhhh.. tenuk tull laa.. :)) malam dorang ke karaoke lak.. tapi aku tak dapat nak join.. penat seyy.. sebab arini aku kena keje lagik..

Arini.. sama gak cam korang.. kalau tak keje mengulat ngadap pc dok surfing sana sini. tapi bezanya.. keje aku dah abes.. tak macam korang, time keje dok ngulat jer main internet.. muahahaha

tu jer la kot.. tader apa nak taip.. boring gak kalau tgk blog nie jadik cam statik cam hamjadah jer rasa. :D



kdt for hani_cute : sori amek gambar tanpa kebenaran dari page vf dia :D

Sunday, October 19, 2008

Kebizian yg tk diingini..

2 november ~ majlis pernikahan adik aku.. masjid saidina othman

8 november ~ majlis pernikahan adik aku lagi sorang.. masjid saidina othman gak

9 november ~ majlis persandingan kedua-dua adik perempuan aku, kat semenyih.

16 november ~ majlis persandingan seblah lelaki, kat pahang.

23 november ~ majlis persandingan seblah lelaki lagi sorang, kat langat.

Satu jer amaran, jgn tanya soklan bonus kat aku..sebab confirm aku takkan jawab. Apatah lagi soklan cepumas. Utk 9 november, agak2 perlu ke aku menjemput sesapa sebab bukan majlis aku. Tapi tak kisah la.. aku akan jemput gak sesapa yg sudi nak makan atau sekadar memeriahkan majlis. :) Sekian terima kasih.

Friday, October 17, 2008

Jiwang japs.. :))



sejak dari dulu, ku menyintaimu..
kau tahu begitu namun kau berpura..
ku masih teringat, kau peluk diriku..
yg telah membuat, ku menyintaimu.

sudah..berapa lama..
diriku ini, tak bertemumu..
mungkin ku harap jua,
kau merinduku sebagaimana ku rindumu..

Cinta antara kita..tiada penghalangnya..
walau akhir usia, ku menyinta dirimu..
ku hanya menunggumu, menyata kau cintaku..
ku kan berjanji, menyintamu sayang..

setelah kau pergi, jauh dari sisi..
tiada ku cinta, selain dirimu..
ku ingin bersama, denganmu selamanya..
walaupun sehingga ke akhir nyawa..

mungkin kau tak mengerti..
maksud ku dulu, pada dirimu..
kini..ku kan menyinta..
dirimu itu sehingga ke akhir waktu..

Sunday, October 12, 2008

Lagi lagi raya

Open house.. makan minum .. kenyang, jalan lagi.. makan minum kenyang.. tambah sket.. open house lagi, makan minum kenyang.. biler nak kurang berat seyy??

Pastu makan makan lgi menom menom lagi.. Pastu penat, penat drive penat makan penat bebel suma penat.. Keje pun jadi malas.. perut dah makin besau.. :)

lagi lagi raya.. lagi lagi raya.. raya la lagi lagi.. raya laa lelagi. Makan sampai ilang gigi.. bedal sampai hari pagi.

Sekian..slamat ari raya lagi.

Tuesday, October 7, 2008

Kosong..

Kunci .. aku dah buang, camner aku nak bukak dan buang jejauh??

Pergi dan hilang kerana terpaksa, utk apa bermula??

Terima kasih kerna membiarkan kekosongan ini terus kosong.

Friday, October 3, 2008

Raya Lagi..


Sememangnya saat yg agak membosankan buat aku, raya tahun nie sangat suram, sebab tak semua dapat berkumpul tahun nie. Dan satu rumah pun aku tak pergi lagi buat masa nie. Aku jenis manusia yg jarang duduk kat rumah tapi terpaksa memerap kat umah slama 4 ari, sumthing yg aku tak dapat nak terima sebab aku nie jenis manusia yg cepat berasa bosan.

Tapi sebenarnya aku tak perlu merungut, sekurang kurangnya aku masih ada parent yg boleh utk aku pohon kemaafan dari dorang. Masih lagi punya kesempatan utk bersama dorang dan di waktu yg sama terfikir gak aku tentang mereka2 yg sudah tidak punya mak bapak. Bagaimana perasaan dorang di waktu lebaran? Bagaimana dorang nie merayakan hari lebaran tanpa kedua duanya? Simpati buat mereka2 yg merayakan lebaran tanpa kedua orang tua disisi mereka. Tapi hidup perlu diteruskan.

Next week aku start keje balek, and aku arap aku akan bz dan sentiasa bz sebab aku tak perlu nak fikir apa2 lagi. Dan aku dah penat nak fikir apa2 lagi dah. Banyak menda yg perlu difikirkan dan umur pun dah smakin meningkat. Bosan sebenarnya hidup sorang2 nie.

Buat teman2 yg aku kenal dan aku tak kenal, salam aidilfitri buat kalian walau di mana jua anda berada. Harus diingat.. kawan tetap kawan dan kalau boleh biar kawan sampai mati. Sebab dulu aku terlalu banyak hilang kawan.

Assalamualaikum