Sunday, September 28, 2008

Salam Aidilfitri

Debaran tidak berapa terasa, kemeriahan juga tidak aku jangka sebab aku tak rasa macam nak raya. Tiada yg istimewa pun raya tahun nie melainkan kemenangan yg diperolehi setelah sebulan berpuasa. Itu jer kot..

Macam biasa, tahun nie beraya kat semenyih dan aku tak punya plan apa apa..lepas semayang raya mebbe lepak umah sepanjang ari. Dan buat mereka2 yg aku kenal, 10 jari ku susun dan kalau tak cukup ngan jari kaki skali utk pohon kemaafan andai aku pernah berbuat salah pada kalian2. Sememangnya kita manusia adalah umat yg sering sahaja melakukan kesalahan. Dan kemaafan dari kalian itu aku pinta semoga tidak tersekat perjalanan aku utk teruskan hari2 yg akan datang.

Salam aidilfitri buat semua.. samada yg kenal ataupun tak. Hidup kita ini singkat, jadi bermaaf-maafanlah sesama kita manusia. Assalamualaikum

Wednesday, September 17, 2008

Rabu yg sendiri..




Termenung, kaku, bisu..

Diam, sunyi, hanya terdengar lagu..

Srabutan, kecelaruan, bermain dalam fikiran..

Mencari, menghitung, sesuatu yg tiada pengakhiran..


Dia, aku, sana juga sini...

Menanti, menunggu, akan berlalunya hari..

Sabar, tegar, terus aja ku harungi..

Utk mengerti akan pengakhiran hidup ini.

Noktah.

p's : bosan dalam dilema, bosan menunggu hari esok, entry yg mengarut, nyah saja dari sini andai kalian itu bukan temanku.

Sunday, September 14, 2008

Sunday Paranoid..

semalam berbuka di cc.. balek tgk tv.. hampir mau tido tgh malam then kawan call ajak supper kat kg baru.. trus bersahur, lelepak sampai kul 7 then Zassssssss trus ke melaka. Aku sarsa n dewa yg cemburu. Kesana dengan satu misi, menculik someone utk join majlis berbuka puasa di perangsang templer golf club. Meeting 'someone' at Dataran Pahlawan. Damnn!!.. kul 3 balek KL .. then bawak slow slow.. sampai zass.. tukar bawak big D aku plak.. trus drive dalam ujan lebat ke templer.. Majlis agak meriah, dan terhibur utk hati aku yg sememangnya sangat terhibur utk sehari dua nie. Abes majlis around 10, crowd ajak lepak Downtown cheras lak.. tapi aku tak dapat nak pegi.. badan tak larat beb.. tak tdo.. tapi bleh lak layan lepak sini..

Dengan badan penat.. layan sketul dua lagu radiohead, marilyn manson.. buat jiwa jadi segar semula.. idup semula.. tapi sedikit paranoid. So.. jom layan..



Please could you stop the noise i'm trying to get some rest
From all the unborn chicken voices in my head
huh what's that?

When i am king u will be first against the wall
With ur opinions which is of no consequence at all
What's there? What's there

Ambition makes you look pretty ugly
Kicking squealing, gucci little piggy

You don't remember
You don't remember
Why don't you remember my name?
Off with his head, off with his head
Why won't he remember my name..
I guess he does

Rain down, rain down
Come on rain down on me
From a great height, from a great height

That's sir you're leaving
The crackle of pig skin
The dust and the screaming
The yuppies networking
The panic, the vomit
The panic, the vomit
God loves his children
God loves his children, yeah!

[Plays in the background]
(Rain down, rain down come on rain down on me
From a great height, from a great height)

Thursday, September 11, 2008

Jumaat yg sunyi..

Bangun pagi celik mata, buat sikit warming up kasik panas badan.. termenung jap. Then tetiba tergerak pi bilik kekemas baju yg melambak tak basuh. Kalau bukan bulan ramadhan for sure aku antar pi dobi tapi bulan pose nie aku cam agak kering sket so rajinkan la basuh baju sendiri. Sambil basuh sambil dok layan paper.. takder apa yg menarik cuma theo walcott player arsenal jaring hatrick utk England. Diulangi.. Theo Walcott dari Arsenal.

Dan beberapa hari yg lepas plak ada satu kejadian jenayah yg berlaku di shah alam. Seorang wanita yg juga merupakan seorang isteri dan ibu dibunuh dengan kejam oleh perompak dan dua perompak ditembak mati dalam kes tue. Dan baru semalam aku dapat tau yg mangsa merupakan makcik pada seorang kenalan aku. Simpati buatnya dan juga simpati pada keluarga mangsa. Dan bila perkara jenayah semakin berleluasa kebelakangan nie, aku jadi heran dan tertanya-tanya kenapa manusia sekarang semakin kejam? Aku bukan nak kata perompan yg berbangsa Indonesia itu kejam tapi semakin ramai manusia yg kejam sekarang nie. Yg pembunuh tu sah sah la kejam tapi mana pergi penguatkuasa? maksud aku polis. Apa jer yg polis buat sekarang nie? Dok tangkap pembangkang atau diperkudakan? Maaf.. aku tak maksudkan semua polis macam tue. Sebab aku juga ada kawan yg bekerja sebagai polis. Tapi.. entah la.. aku tatau nak cakap camner..


Alfatihah buat keluarga mangsa.. dan astaghfirullah dengan perangai sendiri yg susah nak berubah. Rokok naik harga tapi aku tak boleh nak marah walau naik sampai rm100 skotak pun sebab sememangnya merokok itu tak mendatangkan faedah, tapi aku merokok sebab nak layan feeling aku. Dan aku akui aku semakin ketagih merokok sampaikan bulan puasa nie slalu sangat menggigil menahan diri dari merokok. Semangat aku utk berhenti tak cukup kuat. Aku masih tak punya X factor yg mampu membuatkan aku berhenti dan masih lagi mencarik X factor tu. Kalian2 doakan aku jumpa X factor aku utk segera berhenti merokok. Tapi aku rasa aku akan mati muda kot? Ntah laa..

Sampai sini dulu.. puasa dah menginjak ke hari yg ke 11 dalam diam tak diam. Majlis berbuka posa sana sini tapi tak available utk join. Sekadar dok diam tersenyum sambil mengatakan pada diri, hidup ini kadangkala kelakar .. tapi tak lucu cuma ianya tetap indah utk dinikmati umat manusia selagi mereka masih bernafas.

Assalamualaikum

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan..

Salam ramadhan buat semua, dah masuk ari kedua tapi baru arini nak wish kat suma orang. Walaupun tak semua yg baca blog aku... tapi tak kisah laa.. at least kekalau terlambat nak wish pun still gak dapat wish kat suma orang. Ramadhan itu bulan yg dinantikan, ramadhan itu bulan kesyukuran dalam menguji ketakwaan. Iskk kejadah cam ayat aku skema giler dan cam baik gilerr.. iskk..

Tapi tak kisah laa.. nie pun aku taip sebab baru balek dari majlis buka posa yg skadar 6 orang berbuka sesama.. tak payah la nak sebut sapa .. tapi yg pasti kengkawan net gak. Aku dah tak brapa ada kawan dari zaman skolah, suma dah kawen dan yg ada pun banyak dah blah kuar dari kl. So.. buat teman2 baru.. aku sentiasa nantikan jemputan utk berbuka posa bersama teman2 sekalian :)

Tapi bulan posa nie.. target aku cam biasa, tak banyak.. sikit pun jadi la nak kurangkan .. berat aku dah gaban melangkau tahap batasan yg tak terhingga kebesarannya. Tapi lam gambar aku nampak kecik sket :P Oleh itu.. salam ramadhan buat kesekian kalinya buat kalian2 sahabat yg kenal akan diriku yg tak seberapa ini.. :)

Assalamualaikum..