Nombor itu ada pelbagai tapi yg sebenarnya cuma 0 sampai 9 jer aku ghasa. Apa nombor korang? Bagi aku nombor punya berbagai maksud dan bagi yg mengkaji tentang nombor diorang nie boleh tahu kita nie jenis yg macam mana dan boleh berjaya dalam bidang apa dan bagaimana keadaan hidup kita sekarang nie dengan skali tgk pada kita dan tarikh lahir kita. Tapi nombor yg aku suka sebenarnya bukanlah nombor yg betul buat diri aku, bak kata kawan aku la. Tapi nombor nie aku suka sebab punya banyak sebab dan kebarangkalian dalam hidup aku.
Nombor 4, satu nombor yg dianggap bagi kaum cina sebagai nombor malang tapi tidak bagi aku. Sebab apa aku cakap macam nie? sebab no plat van aku 1414. Ini yg pertama. Dan secara kebetulan pulak tarikh lahir aku jatuh pada 1 hb 4 iaitu esok. Nampak tak persamaan? dan kalau nombor 1 itu dicampur dengan no 4 = 5. Dan kebetulan pulak aku yg ke 5 dalam adik bradik aku yg seramai 9 orang. Dan satu lagi kebetulan yg atas aku semuanya 4 orang iaitu 3 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Kebetulan yg sama terjadi pada bawah aku iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Semuanya itu kebetulan yg menjadikan aku seorang lelaki Aries. Dan dalam pada itu aku tak pernah jangka seseorang yg pernah hadir dalam hidup aku, yg hampir buatkan aku gila tapi sudah berkahwin juga pada bulan 4 tahun lalu dikhabarkan atau dijangka akan melahirkan seorang bayi juga pada bulan 4. Mungkin...ya mungkin.. akan lahir seorang lagi Aries dalam dunia. Bukankah ini semuanya satu kebetulan?
Pagi tadi aku terjaga jam 4 stengah.. nie dah tak termasuk lam citer no 4 dah, sebab aku bermimpi buruk dan buatkan aku tidur tak lena. Dada aku berdebar sangat2 walau aku tahu itu cuma mainan tidur tapi yg pasti aku sakit kepala dari pagi tadi sampai sekarang nie. Berdenyut paler aku (alangkah bagus kalau ada orang sudi urutkan utk buatkan aku lega). Tapi gagahkan diri gak utk keje pagi tadi then abes keje gi isi minyak pastu p bank pastu ngadap menda nie utk taip menda alah nie dan pasnie aku tatau nak buat apa. Tiba2 aku bosan.. bosan dengan life aku.. tapi..
It's a nice day to be alive. I know im strong enuff as a man called man. Tapi ada masanya kita jadi lemah sekejap kan? Assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment