Monday, March 31, 2008

Tengkiu..

Tiada apa yg aku nak taip kat sini harini, skadar ingin mengucapkan terima kasih buat teman2 yg menghantar ucapan samada melalui sms ataupun panggilan. Special thanks for BIG and the family to be the first one. And my chatting frens mrs lalat, yg bleh dikira agak rapat dengan aku sebagai kawan chat. Aina from langat, yg melangsungkan pertunangannya pada hari ini. Hari yg aku rasa cam pelik la jugak utk orang buat majlis pertunangan, jgn marah ek :) Fikah my lil gal. And also my fren from surakarta Indonesia, Kikie namanya yg slalu juga berbual denganku di YM. To cik kambeng, sms anda yg berbunyi "eleh, nak saya nyanyi la tue" buat aku tersenyum. Walau aku baru baca pagi tadi sebab aku tdo awal malam tadi. And Kai, kawan yg aku kenal dari mirc sejak tahun 98 dan duduk pun dedekat ngan area umah aku.

Juga terima kasih buat cik Ida, customer aku merangkap kenalan sebab aku macam cam muka dia kat myspace dedulu dan akhirnya aku dapat tau dia customer yg kekadang datang breakfast kat tempat aku :) dunia nie tak besar mana rupanya. Dan sahabat aku dari zaman sekolah yg sentiasa tak pernah aku lupakan. Cik Norita yg merupakan seorang anggota polis kat jalan bandar. Juga tengkiu buat kakak aku dan adik perempuan aku. Dan terakhir sekali seblom aku type entry nie. Si keri yg skang nie dok rajin berkebun kat rawang. Terima kasih diatas segala ucapan kalian. Buatkan aku terasa aku tidak lagi sendirian. Masih ada teman yg mengingati dan melontarkan ucapan utk aku. Cam ala ala terharu dowhh..

Aku rasa aku semakin tua. Dah 32 cuma aku tak kelihatan seperti orang yg berumur 32, itu apa yg aku rasa la.. korang nak cakap apa lantak korang la.. Dan aku tak pernah peduli apa orang nak cakap pasal aku. Cuma satu jer aku nak cakap kat sini utk diri aku sendiri. Happy birthday to me man. Still breathin n alive, still kickin n laughin, still smilin n smokin, and yet.. still a nice day to be alive.
Assalamualaikum..

Nombor

Nombor itu ada pelbagai tapi yg sebenarnya cuma 0 sampai 9 jer aku ghasa. Apa nombor korang? Bagi aku nombor punya berbagai maksud dan bagi yg mengkaji tentang nombor diorang nie boleh tahu kita nie jenis yg macam mana dan boleh berjaya dalam bidang apa dan bagaimana keadaan hidup kita sekarang nie dengan skali tgk pada kita dan tarikh lahir kita. Tapi nombor yg aku suka sebenarnya bukanlah nombor yg betul buat diri aku, bak kata kawan aku la. Tapi nombor nie aku suka sebab punya banyak sebab dan kebarangkalian dalam hidup aku.

Nombor 4, satu nombor yg dianggap bagi kaum cina sebagai nombor malang tapi tidak bagi aku. Sebab apa aku cakap macam nie? sebab no plat van aku 1414. Ini yg pertama. Dan secara kebetulan pulak tarikh lahir aku jatuh pada 1 hb 4 iaitu esok. Nampak tak persamaan? dan kalau nombor 1 itu dicampur dengan no 4 = 5. Dan kebetulan pulak aku yg ke 5 dalam adik bradik aku yg seramai 9 orang. Dan satu lagi kebetulan yg atas aku semuanya 4 orang iaitu 3 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Kebetulan yg sama terjadi pada bawah aku iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Semuanya itu kebetulan yg menjadikan aku seorang lelaki Aries. Dan dalam pada itu aku tak pernah jangka seseorang yg pernah hadir dalam hidup aku, yg hampir buatkan aku gila tapi sudah berkahwin juga pada bulan 4 tahun lalu dikhabarkan atau dijangka akan melahirkan seorang bayi juga pada bulan 4. Mungkin...ya mungkin.. akan lahir seorang lagi Aries dalam dunia. Bukankah ini semuanya satu kebetulan?

Pagi tadi aku terjaga jam 4 stengah.. nie dah tak termasuk lam citer no 4 dah, sebab aku bermimpi buruk dan buatkan aku tidur tak lena. Dada aku berdebar sangat2 walau aku tahu itu cuma mainan tidur tapi yg pasti aku sakit kepala dari pagi tadi sampai sekarang nie. Berdenyut paler aku (alangkah bagus kalau ada orang sudi urutkan utk buatkan aku lega). Tapi gagahkan diri gak utk keje pagi tadi then abes keje gi isi minyak pastu p bank pastu ngadap menda nie utk taip menda alah nie dan pasnie aku tatau nak buat apa. Tiba2 aku bosan.. bosan dengan life aku.. tapi..

It's a nice day to be alive. I know im strong enuff as a man called man. Tapi ada masanya kita jadi lemah sekejap kan? Assalamualaikum..

Monday, March 24, 2008

Selamat

Smalam.. slamat suda adek aku yg bawah aku betunang. Cincin suda disarung harga suda tetap tunggu masa utk berlangsung setahun dari skarang. Adek pompan aku lagik sorang lak, 23 hb april nie sanding dan buat kat sini. Kat Flat sri kota.. so kalau ada sesapa yg brani nak datang just datang jer dan sebut korang kawan man. Iaitu aku.

Dan macam biasa kalau dalam majlis macam nie, sedara mara ada datang dan jugak usik mengusik, dan macam biasa aku jadik bahan. Adik suma da lepas tapi aku tak lepas lagik, ntah bila pun aku taktau. Tapi aku tau satu hari akan tiba jugak masa utk aku hadapi semua menda nie. Dan smalam aku penat giler tapi takleh nak tdo. Maklumlah dah makin sengal and dah brapa lama tak tdo kat umah. Tu kot sebab aku takleh nak tdo dah kat umah skang nie.. cam tak biasa lak. Cam bengap pun ada dowh..

Pastu plak malam tadik Arsenal kalah, lagik aku cam mood ilang gler babeng tuh. Pastu tgk carta lak dah jatuh tangga ke 3, tak ke ampeh namanya. Tension dowhh.. tapi apa der hal bukan ada kena mengena ngan aku pun. Aku cuma sokong jer sebab aku takleh nak sokong team lain. hehehehe..Pagi tadik cuti and besok keje dan besok kena carik pekerja baru. Da tader orang nak tolong kat kedai dah sebab adek aku da start keje and aku tak larat buat keje 2 orang jer ngan tukang buat air.. Penat giler dowhh kena lak time bz. Tak pasal jer hangin kat kedai kang. Tapi nak buat camner, kena teruskan gak la nak taknak.. daily income tue. Nak tunggu income dari sumber lain.. lambat giler tunggu payment.. ampeh.

Dah la.. tak gheti aku nak mepek dalam nie. Cuma skang nie aku cam nak prepare men bowling sebab nak join VF punya bowling tournament bulan 6 nie. Aku nak kenal ngan kengkawan baru sesambil tu ushar ushar mana yg ebeilebel aekekeke.. OK la.. dah aa.. chow sin. (tanak updet tapi kena paksa) hahaha.. ampeh nyer pemakan rumput.. :P

Sunday, March 16, 2008

Somewhere Only We Know...

Lagu nie dulu aku slalu layan masa dok bujang kejap kat Puchong..
cambest jer.. so.. nak share gak ngan korang lelagu lama nie..



Somewhere Only We Know Keane lyrics

Artist: Keane

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete
Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

Nice song.. kan?

Nothing

Pertarungan..

Apa itu pertarungan?.. yg pasti ianya sesuatu yg pasti mendatang kecederaan dan kesakitan pada kedua belah pihak melainkan ianya berat sebelah.
Apa makna sebenar pertarungan? Untuk mencari kepuasan diri sendiri atau seronok melihat tewasnya saingan kita ataupun utk mencabar diri sendiri?

Tapi yg pasti sekarang ini aku tau yg aku sedang bertarung dengan diri sendiri.
Tapi camner lak bertarung ngan diri sendiri ek? sapa yg sakit dan sapa lak yang cedera kang? Bleh jadik bingung aku mikirin ini deh... apa kamu punya jawapan utk soalan aku ini?

Tuesday, March 11, 2008

Tag lagi??

Aku dah lama tak post apa apa kat sini.. cuma arini aku rajinkan sedikit diri aku sebab ditag oleh cik kambeng gurun yg sengal lagik sleng.. (arap arap dia tak baca la yang nie) <--- cakap dalam ati jer tau..

8 things i'm passionate about :
1. One Piece...
2. Peace...
3. Rest in Peace...
4. Heyy.. must be the money..
5. Radiohead...
6. Snooker...
7. Sushi...
8. Movie...

8 things i say often :
1. Aaaaa?
2. Ermm..
3. Yer la tu..
4. Ok la tue..
5. Rileks k
6. Laka laka dowhhh
7. Cam arammm..
8. Wehh..

8 book's i read recently :
1. Komik jepun
2. Komik dari jepun yg dialihbahasa
3. Komik jugak
4. Komik lagi
5. Komik lagik dan lagik
6. Kreko yg berunsur komik jugak
7. Komik lagik laaa..
8. Komik dan comics dan jugak komik ..

8 things to do before i die :
1. Melihat DIA dan dia buat kali terakhir..
2. Harapkan kemaafan dari semua yg mengenali aku..
3. Memohon keampunan dari yang maha Esa...
4. Buat apa yg aku pernah cakap aku nak buat...
5. Capaikan segala impian aku walau tak besar mana
6. Errr.. kawen kot?
7. Nak ada keturunan...
8. Berikan kehidupan yg selesa pada isteri dan anak aku suatu hari nanti.. (tu pun kalau ada laa)

8 songs i could listen to over and over again :
1. Creep by Radiohead
2. Buat aku tersenyum by Sheila on 7
3. Wonderful tonight by Eric Clapton
4. No Surprise by Radiohead
5. Idioteque by Radiohead
6. Alhamdulillah by Too Phat
7. Dua Dunia by Too Phat feat siti durjana
8. High and Dry by Radiohead..

8 things i learn in the last year :
1. Jgn berhutang..
2. Nobodies for me..
3. I hate my life sometimes..
4. Not ez for starting ma own biz
5. Sunyi itu sesuatu yg tidak menggembirakan.
6. Bersendirian juga tergolong dalam kesunyian dan ianya tidak menggembirakan
7. Mampu selesaikan masalah dan selesaikan kerja bagi aku adalah satu kepuasan
8. Kita boleh kalau kita nak..

8 people to pass this tag to :
Ermm.. Nobodies..