Wednesday, December 2, 2009

Rokok oh Rokok

Perbelanjaan aku utk bulan November, menampakkan berlaku pembaziran pada yg tak sepatutnya.. Dan yg paling ketara.. rokok!!.. Mengikut perangkaan dan statistik yg aku sendiri catitkan dalam note aku. Aku membeli sebanyak 33 kotak dunhill besar sepanjang november yg kalau ditukar kepada RM menjadi rm306.90. Utk Movie sebanyak rm145.00 dan utk dobi rm59.00, komik bulan november tak banyak, cuma rm12.80 jer. Dan kesemua itu menjadikannya rm523.40 yg pada pendapat aku sangat membazir.

Persoalannya, bagaimana aku nak kurangkan antara yg 4 nie? Dobi? .. takleh nk elak sebab aku memang jenis yg tak rajin nak membasuh sendiri. Komik? aku bercadang utk berhenti beli kreko dan cuma menumpukan pada siri2 yg menjadi collection jer. Movie? akan aku pertimbangkan utk kurangkan. Rokok? Kalau boleh aku nak benti terus :( tp..
argghhh!!!!!!!!!!!!! Bila nikotin tader lam badan.. rasa cam lumpuh kejap. Tak keruan, will power aku utk benti mokok nie tak cukup kuat. Frankly speaking, aku perlukan bantuan utk hentikan tabiat aku nie.

Kadang2.. aku tension, dah la income tak seberapa tapi abiskan pada menda yg tak berfaedah. Haihh..

2 comments:

cik adza said...

hmm~ aritu kn da benti jap..
nape isap blk??
:-?

bila da benti cuba jauhkn diri sket dr org yg isap okok..
kena kuat semangat sket..

kalo sanggup dgr sy bebel, meh laa.. ;))

Cik Yana said...

takpe abg man...

nak benti sapkok ni bkn leh terus berhenti....badan mogok nnt. slow2 eh...insya Allah lama2 nnt boleh tu.

ganbatte ne! :D