Arini lepas kerja aku terus bergegas ke muar. Melawat seorang sahabat yg baru sahaja kehilangan bapanya akibat kemalangan. Ibu tiri meninggal di tempat kejadian, tapi bapanya masih bernafas dan meninggal sejam kemudian. Kejadian berlaku di batu 12 bakri, dan dikatakan terdapat sebuah kereta yg dipandu oleh pemandu yg mabuk yg cuba utk memotong 4 buah kereta dengan sekaligus pada garisan berkembar, dan kebetulan melalui jalan bukit lalu bertembung secara berdepan. Alfatihah buat bapanya dan ibu tirinya yg meninggal dunia.
Aritu waktu aku sembahyang jumaat, aku sebak mendengar alunan pak iman sewaktu mengimamkan solat jumaat. Tapi arini aku bersedih atas kejadian yg menimpa pada kedua orang tua sahabatku. Sedikit sebanyak menyedarkan aku, kedua orang tua aku masih ada. Apa harapan mereka padaku yg belum sempat aku tunaikan? Semoga segala perancangan itu menjadi. Balek dari Muar aku singgah ke melaka utk melawat sepupu pada kawan aku yg juga kemalangan, patah bahu tangan kiri.
Maaf, aku cuma tatau nak post apa, sekadar mengingatkan pada teman2 yg lain, sewaktu kalian memandu..ingatlah orang yg tersayang. Sebab hidup ini terlalu indah utk dipersiakan. Walaupun ajal maut itu di tangan Tuhan, tapi mencegah adalah lebih baik dari mengubat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
iyer..sila memandu dengan berhati hati..
pegi muO naik ape?
takziah buat mereka. al-fatihah buat arwah, semoga diterima rohnya di sisi Allah. amiiin...
pegi muo nek kete jang... umah bapak pada kawan aku tu.. bebetul berhadapan dengan balai polis naning..
thankss cik yana...
sy akan memandu dgn lebih berhati hati.
ttiba kejadian tempoh ari terbayang.
:-s
cik adza : ingatlah org yg tersayang ketika memandu :D
Post a Comment