Friday, December 18, 2009

Ari Jumaat..

Korang pernah tak rasakan, keadaan syahdu yg mana tetiba korang sebak sewaktu korang sedang mengerjakan solat jumaat? Yang mana korang menghayati bait2 ayat yg dituturkan imam tatkala mengimamkan solat jumaat? Dengan kemerduan suara yg mengalunkan ayat2 suci yg bila didengar terasa syahdu menusuk ati. Seblom nie aku tak pernah rasa macam nie. Cuma arini aku tatau kenapa aku tetiba macam syahdu bila dengar bacaan yg aku rasakan agak lek lek cool jer.
Tapi sebenarnya suara imam yg mengimamkan solat jumaat di tempat aku tadik, memang aku dah biasa dengar. Sudah lali sebenarnya, cuma kali nie aku lebih menghargainya. Tidak seperti seblom ini. Lagipun, imam tu bapak aku.

2 comments:

Aujinz said...

ahaks...

masa bapak berleter dan masa dia imamkan solat kan lain..apetah lagi baca khutbah..

best best..

Mr_Aries said...

tau takper jang :D