Saturday, September 19, 2009

Selamat hari raya aidilfitri..

Aku update just nak ucap selamat ari raya, lepas pengumuman dan tak brapa minit lepas tu aku dengar pula takbir raya, besok pagi aku ngan family pakat2 pergi semayang raya, balek umah dah tentu dok bermaafan sambil makan ketupat tak lupa juga kuih raya.

InsyaAllah 1Syawal disambut dengan meriah sekali, kita dok pakat2 mengunjungi sanak kaum famili, tapi aku sorang jer kat umah nie yg baju rayanya tak dibeli, sebab yg lama punya aku rasa masih elok sekali, tak perlu membazir sebab kita cuma kuli, pedulikanlah kalau ada sapa pun yg nak perli.

Pagi raya mesti ramai yg berfesyen sakan, tapi ati2 jgn sampai kotor masa makan, dan jgn juga mengumpat yg bukan2, juga tak dilupa utk mengajak semua rakan2, sesambil berjalan usik mengusik anak dara di pekan, yg tersipu dan kelihatan manis pabila senyuman dilemparkan.

Tanganku dihulur maaf kupinta, buat family.. semua rakan dan juga yg tercinta, halalkan makan minumku maafkan yg tersalah kata, sebab kadang2 kita sendiri tak jangka yg hati kita ni buta, so..di hari yg mulia ini kita elakkan la dari dok mengata.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. :)

Wednesday, September 16, 2009

Sesi buka puasa lagik...


Ahad lepas.. bersamaan dengan sekian2 hb.. Aku uruskan satu majlis buka puasa ngan kengkawan. Muara ikan bakar port klang jadik port skali lagi. Gian nak layan tongtam(sotong+ketam). So.. majlis berjalan lancar tanpa ada kesulitan melainkan sorang drebar yg sesat sampai kemana, yg seb baik bleh sampai rite on time walaupun sesat. 11 orang yg join termasuk aku, tak dapat nak ajak reramai sangat sebab jemputan aku adalah terhad. Maaf kalau ada yg tak diajak sebab makan2 nie ada orang blanjer.. :)

Dan semalam.. ari rabu.. ada lagi jemputan ke berbuka puasa, reramai gak tapi kali nie kat ayam golek kerinchi. Ayam dia ok la.. cuma ada sumthing yg aku rasa ada yg tak kena. Tapi aku tatau apa dia sebab mungkin tempat dia tak brapa selesa ataupun apa dan ini bukan kali pertama aku pergi. Aku tgk aspek kebersihan tak brapa dititikberatkan. Maaf cakap.. tapi kenyataan. Walaupun ramai yg join tapi tak berapa meriah sebab ada yg dijemput join datang lambat.

Dan dah 4 arini aku rasa cam takbest..Sangat takbest sebab hp aku rosak.. pokai wooo raya tahun nie. Renew roadtax ngan insuran Big D aku. Tayar dia.. ngan nak beli hp besok nih.. tension tension.. tapi sabar jer laa..apapun..yg penting itu mengeratkan hubungan silaturrahim bersama kengkawan.

Aku tatau nak citer apa sebenarnya.. sok sok la aku update lagik.. :D

Sunday, September 6, 2009

Asal usul...

Dulu aku antara peminat satu kumpulan yg menggelarkan diri mereka Poetic Ammo. Satu group yg sangat gah zaman aku muda2 dulu (walaupun skarang nie aku sentiasa jer nampak muda) muahahahaha. Hampir semua lagu dalam satu album tu aku bleh melayan. Dan salah satunya adalah lagu yg bertajuk.. It's a nice day to be alive. Dan tajuk blog aku nie aku ambik dari tajuk lagu nie sebenarnya.. so layankan la lagu nie.. walaupun korang suka atau tak, aku tetap suka disebabkan tajuk dia sangat best utk aku renungkan akan makna yg tersirat :D

Buka puasa lagi.

Ahad 6ptg. Aku dah terpacak di Rumah Titian Kasih atau RTK. Kalau RT jer nanti jadik rukun tetangga takpun rumahtangga jer. Aku kesana atas tujuan menghadirkan diri utk majlis berbuka puasa bersama warga VF yg lainnya. Ada muka yg baru aku jumpa dan juga muka2 yg dah biasa jumpa. Aku sekadar suka memerhatikan telatah orang dan telatah kanak2 kat situ. Tu jer.

Lepas berbuka.. maghrib dan isyak beserta terawih juga disitu. Cuma terawihnya terlalu laju. Kira ok la.. dari takde. Waktu aku tgh dok post menda nie. TV1 sedang menayangkan terawih dari Makkah. Syahdu pun ada.. sedikit terusik hati pun ada.

Masa nak pergi actually nak gi awal, tapi biasa laa.. kalau berjanji ngan orang.. mesti akan ada sedikit problem yg tak disengajakan. Diulangi.. tak disengajakan.. tapi takper laa.. lambat sikit jer. Si dewa ngan hisam lambat sampai sebab tayar moto dia pancit.. tader apa yg dapat aku bantu sebab jauh. Then pergi jemput lak kawan dewa kat setiawangsa then baru gerak gi RTK tadik tuh. Tapi kami selamat pergi dan pulang ke rumah memasing. Alhamdulillah.

Tu jer la aku nak citer.. bukan ada apa sangat. Cuma .. melihat keadaan di RTK, syukurlah yg kita suma punya keluarga dan orang yg saling menyayangi di antara kita.
~end~

Saturday, September 5, 2009

Buka Puasa...

Semalam on the way balek dari temankan orang bersoping baju raya, ternampak kelibat Central Market. Tiba2 kenangan cam kembali zaman aku dengan kengkawan aku yg sker sangat lepak kat central market utk berbuka. Restoran Hameed kot kalau tak silap aku, yg restoran dia blah bawah.

Dulu aku jenis yg suka memerhatikan gelagat orang, gaya orang dan cara orang. Belajar apa yg boleh kita belajar dari orang sambil mengushar gadis2. Normal la tu.. ada ke lelaki yg tak mengushar gadis2?? Dulu slalu gak la dok mengayat gadis2 kat CM tu. Ada yg sangkut..ada yg bolayan jer, tapi nak buat camner kan? Lelaki sejak azali dilahirkan sebagai pemburu. :D

Tapi siyes..aku rindukan saat2 aku berbuka puasa ngan kengkawan aku kat CM macam dulu2. Skang nie kalau aku pergi pun..aku cuma akan rasa sunyi sebab aku perlukan kawan yg sama utk lepak kat situ. Dan tiada orang lain yg dapat gantikan kawan aku yg biasa aku lepak kat situ dulu. Perasaan sangat berbeza beb. Aku rindu giler kat kengkawan aku beb. :|

Petang nie, aku pergi berbuka pose kat umah orang2 tua kat titiwangsa.. Semoga terbuka keinsafan dalam diri aku. Amin..

Thursday, September 3, 2009

Commercial Break lagi.... tatau part brapa.. tak ingat..




lagu yg pernah menjadi laguku.. sampai dalam tepon pun taruk nama my BoO.. jgn marah ek.. ini sekadar kenangan.. kenangan itu sentiasa kita bawa dalam kehidupan kita.. so.. peace \m/

Wednesday, September 2, 2009

Merdeka yg lewat....

Aku sungguh tak sangka, dah terlepas beberapa hari dah kita menyambut kemerdekaan. Korang ada rasa ke yg kita menyambut merdeka tahun nie? Korang ada rasa ke semangat kemerdekaan dalam diri korang dan jatidiri yg kukuh sebagai anak merdeka? Melainkan iklan2 kt tv jer yg memeriahkan merdeka kita tahun nie? Mungkin sebab puasa atau mungkin jugak senario yg melanda negara kita sekarang nie.

Dengan berita terbaru tentang apa yg berlaku kat indonesia (korang carik la sendiri brita tu kalau nak tau) . Dengan suasana politik dan kes2 mahkamah yg menjengkelkan. Semangat aku nak sambut merdeka tu memang tader, hilang.. kosong. Dan kalau tahun lepas aku kibarkan la jugak bendera kat blog aku nie but not this year. Sikit pun aku takder perasaan tu. Cuma aku masih lagi punya semangat seorang rakyat malaysia.

Bulan puasa nie, aku lebih banyak habiskan masa aku dalam kedai aku. On9 dan buat apa2 yg patut dan tak patut. Tayah la korang tanya apa yg tak patut tue. Buang karan jer tanya..bukan aku nak jawab pun. Dan aku pun bukan jenis yg rajin nak berjalan-jalan ke bazar ramadhan walaupun aku tringin nak makan itu ini. Sebab sangat leceh nak mencari parking..seolah-olah aku menyusahkan diri aku jer walaupun sebenarnya ke bazar ramadhan tu bagus sebab kita membantu orang kita meniaga. Beri sokongan pada mereka.. tp cuma aku jer yg malas nak pi, arap2 korang tak la macam tu..meh kita bantu orang kita meniaga.. seronok tgk senario macam tu. Dan kalau aku pergi pun.. setakat mencuci mata yg mana patut :)) biasa la kan.. lelaki.

Buat masa nie aku cuma tringin nak berbuka puasa beramai-ramai bersama sahabat2 yg biasa aku keluar, tp nak buat macam mana.. keadaan tak mengizinkan sebab masing2 ada program dan hal masing2. Lagipun waktu berbuka puasa nie pendek..nak kejar maghrib nak kejar isyak dan terawih lagi. Kalau berbuka ngan kengkawan for sure terlajak suma tue. Tak gitu?

Dah dulu.. penat baca pepanjang.. aku pun tak sker nak menaip pepanjang, sawan nak baca kang sebab bukan semua rakyat malaysia nie bebetul minat membaca :)) apapun harus diingat.. it's a nice day to be alive.. ok? peace \m/ lover :x :x